Siapa suruh gatal tangan capai 1 pek susu dugro yang berperisa. Dalam kepala, bayangkan yang Kak Aisyah pasti suka sebab ada perisa buah. Ditambah pula dengan khasiat sayuran. Wow, berbaloi beli ni. Sejak usianya Aisyah menginjak 4 tahun, emmm sudah pandai menolak makanan. Sayur sangat payah untuk ditelan kecuali lobak dan timun.
Pertama kali saya bancuh dan beri kepada dia, dia sudah menolak. Dia kata tak sedap! Saya tak nak susu! Wah,,,ayat berbisa yang aad baiknya juga. Satu hari dia tidak minum susu dek penangan susu Dugro Fruit & Vege. Penyudahnya, susu ini terbiar di dalam bekas.
Saya pula tertewas, kasihan melihat dia bak kucing mahu beranak tidak dapat minum susu. Saya bancuh sebotol dan beri kepadanya.
Aisyah : Tak nak susu tu. Tak sedap.
Ibu : Ini susu Aisyah la.
Dia minum sikit. Takut-takut. Kemudian, habis sebotol
Aisyah : Sedapnya susu. Ini susu saya.
Dalam hati saya, pandai sungguh anak dara ini berdrama sekarang.
Buai ini turun temurun dari Kak Aisyah. Aisyah dulu berbuai hingga 4 bulan usianya. Masa tu dia jenis tak tidur malam. Memang rabak mata ibu dia saban hari di tempat kerja. Kurus ko!!
Ayah beli dengan harga RM80 sahaja 4 tahun lepas. Harga sekarang tidak diketahui. Buai ini nampak baru dan masih elok. Condition tip top! 9/10. Boleh ditanggalkan jika tidak digunakan. Simpan kembali di dalam kotak. Wrapping.
Alif tidak berbuai pun kecuali masa saya dalam pantang dan sebelum naik kerja. Saya masukkan je jarang hayun. Dia suka rilek dan berkhayal di dalam tu.
Sekarang, buai ni jadi perhiasan je dalam rumah. Dah berbulan-bulan jadi perhiasan. Ntah, nape tak simpan pun tak tahulah. Nampak cantik lak ada buai. Huhu..
12 Ulasan
Alhamdulillah Aisyah minum susu, pandai cakap Aisyah. Bila ada buai Aisyah dapat tido malam ye, sekarang buai jadi hiasan :)
BalasPadamKena simpan tu. Nanti boleh guna lagi untuk yang akan datang.. ;-)
BalasPadamMemang rasa susah bila nak bagi makan kat anak bila dah pandai memilih. Kena buat cantik-cantik kot hiasa tu, bagi anak-anak ada minat sikit nak makan sayur.
BalasPadamMasih berguna tu Mar..
BalasPadamTurun temurun nanti tu..
Macam akak.. sekarang akak dah beri pulak pada adik ipar..
Sebab akak dah pencen produce anak hehehhe..
budak2 mmg gitu mar
BalasPadamsekali dpt susu yg dia suka..bila tukar yg lain xmau nye hehe
buai, walker mmg lieya simpan balik....dah pencen beranak baru leh let go kat org ekekeekekekek...
BalasPadammcm lieya tak penah tukar susu yg ade prase nie....mmg selalu beli asli jek....tapi tu pun gigi dayyan sumpik sebelah...ikutkan dah rajin gosok gigi kalo makan bende manis.....
saya dalam proses wean-off anak saya refuse fm.. huhu.. dia nak minum fresh milk pulak.. 😅😅
BalasPadamsusu dah le mahal kan..bagi kat org yg nak je lah gitu.
BalasPadamnasib baik anak akak minum susu ni
BalasPadamanak akak minum susu ni ke? tau saya bagi akak tau
Padambiasa kena try pek kecil... pernah juga beli pastu tak guna,,, mujur ada anak kwan minum susu tu.. sedekah je la.. tapi pernah terbuang dua pek lain sbb takde orang nak minum dan xpired
BalasPadamAnak saya dua-dua berbuai masa kecil. Kalau balik kampung atau ke mana-mana, mesti bawa bantal dalam kereta untuk letak baby dan goyang-goyang kaki tu supaya dia tertidur macam dalam buai. Buai anak saya yang pertama lagi legend. Buai anak kakak saya yang bongsu yang masa anak saya lahir, umur my nephew ni pun dah 4-5 tahun. Elok lagi besinya, kakak saya tak beri saya beli baru. Sampai ke Adik Cute buai tu digunakan. Lepas tu hantar balik kepada kakak saya sebab cucunya pulak gunakan. Punyalah tahankan...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.