Siapa suruh gatal tangan capai 1 pek susu dugro yang berperisa. Dalam kepala, bayangkan yang Kak Aisyah pasti suka sebab ada perisa buah. Ditambah pula dengan khasiat sayuran. Wow, berbaloi beli ni. Sejak usianya Aisyah menginjak 4 tahun, emmm sudah pandai menolak makanan. Sayur sangat payah untuk ditelan kecuali lobak dan timun.


Pertama kali saya bancuh dan beri kepada dia, dia sudah menolak. Dia kata tak sedap! Saya tak nak susu! Wah,,,ayat berbisa yang aad baiknya juga. Satu hari dia tidak minum susu dek penangan susu Dugro Fruit & Vege. Penyudahnya, susu ini terbiar di dalam bekas. 

Saya pula tertewas, kasihan melihat dia bak kucing mahu beranak tidak dapat minum susu. Saya bancuh sebotol dan beri kepadanya.

Aisyah : Tak nak susu tu. Tak sedap.

Ibu : Ini susu Aisyah la.

Dia minum sikit. Takut-takut. Kemudian, habis sebotol

Aisyah : Sedapnya susu. Ini susu saya.

Dalam hati saya, pandai sungguh anak dara ini berdrama sekarang.



Buai ini turun temurun dari Kak Aisyah. Aisyah dulu berbuai hingga 4 bulan usianya. Masa tu dia jenis tak tidur malam. Memang rabak mata ibu dia saban hari di tempat kerja. Kurus ko!!


Ayah beli dengan harga RM80 sahaja 4 tahun lepas. Harga sekarang tidak diketahui. Buai ini nampak baru dan masih elok. Condition tip top! 9/10. Boleh ditanggalkan jika tidak digunakan. Simpan kembali di dalam kotak. Wrapping

Alif tidak berbuai pun kecuali masa saya dalam pantang dan sebelum naik kerja. Saya masukkan je jarang hayun. Dia suka rilek dan berkhayal di dalam tu.

Sekarang, buai ni jadi perhiasan je dalam rumah. Dah berbulan-bulan jadi perhiasan. Ntah, nape tak simpan pun tak tahulah. Nampak cantik lak ada buai. Huhu..