Assalamualaikum
Bersempena ulang tahun kelahiran Cik Aisyah yang ke-3, tidaklah kami terfikir mahu berikan hadiah apa. Tetapi, en.suami ada niat mahu belikan Aisyah sebuah basikal. Oleh kerana atuk sudah pun belikan basikal, en.suami mula berkira-kira mahu belikan tablet untuk kanak-kanak.
Asyik godek tab ibu dia je sedangkan ibu dia sibuk menggunakan tab untuk buat iklan katanya ke berwhatApp?? Sambil menyelam minum air.
Jalan-jalan di Mr.DIY, ternampak kotak-kotak mainan yang bersusun dan Aisyah teruja mahukan salah satunya.
Ibu : Aisyah nak yang mana?
Aisyah : Takde apa... ~ Sambil senyum-senyum malu.
En.suami ambil dua kotak di rak dan minta Aisyah pilih yang mana satu. Aisyah pilih yang dia mahukan dan kami berlalu dari bahagian mainan sebelum anak dara mengubah fikirannya.
Apa yang Cik Aisyah pilih ye? Aisyah pilih permaianan tanah liat ala-ala Playdoh. Ok juga permainan seperti ini.
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.
- Membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan-mata.
- Menjana minda dan kreativiti mereka.
- Menajamkan skill pemerhatian dan daya berfikir.
- Mempelajari bahawa setiap tekanan akan memberi impak yang berbeza. ~ memicit, menggentel atau mencucuk tanah liat.
- Membantu mengenal warna.
- Meningkatkan kemahiran mengikut arahan guru atau ibu bapa.
Sebahagian peralatan permainan.
Kusyuk dia buat kuih, buat aiskrim, kemudian hidang kat ayah dia.
Aisyah : Ayah, nah ayah.. Untuk ayah..
Aisyah : Ayah, makanlah ayah..
Nota Kaki : Dia bantai 4 jam main tanpa henti, dan akhirnya tertidur kepenatan jam 8 malam..
15 Ulasan
nanti awfiyah dah besar sikit,akak pun nak belikan untuk dia..kalau sekarang ni belikan dia,confirm dia ingat kuih atau biskut..
BalasPadam:) bagus utk anak2
BalasPadamkite tunggu mek besau skit baru nak belikan..kalau bg sekarang mmg tau2 je dh ilang..ilang dlm perut sbb mek makan..hehehe
BalasPadamhiihhi..smpai tertidur erk... suka sgt tu bermain... playdoh ni budak lelaki pun suka main:)
BalasPadamsy x dedahkan lagi arfan dgn tanah liat..nanti ingat nk cuba jugak la.sbb dlm utube dia sll gak tgk org main playdoh ni...jgn dia p makan sudah la hehe
BalasPadamkt umah ni dah byk dah beli tuk budak2 tu
BalasPadamdiorg main si kecik tu yg kutip makan..tp nasib lah mama dia pantau setiap saat tau
lau x adoiiii haha
dlu kecik2 slalu men lego..hehe..
BalasPadamWahh mesti dia asyik sangat main tanah liat tu..good for her kan..brain development..Nanti nak beli jugak lah untuk budak2..hihi..Happy belated birthday Aisyah..Jadi anak yang solehah ye.. :)
BalasPadamwiwin saya ni takotnya di makan terus tanah liat tu pas dah siap main. hahahahha. parohhh dema ni :D
BalasPadamseronok tgk anak2...ida buat sndiri je play dough...
BalasPadamWahh seronoknya.. tekunnya dia bermain.. tahniah.. :) :)
BalasPadamAlahai namanya pun budak. Mainan kan dunia depa...Leka si Aishah main.....mama pun sukalah tu , tak de sapa kacau hihi
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamni pun peberet mainan iols zaman bebudaks
sok kalo boboboy besor sket baru nak bagi maen :)
main tanah liat...teringat zaman budak2 dulu...
BalasPadamkanak2 memang akan teruja bila dapat main playdough ni. dari situ lah nanti kita akn dpt tgok krrativiti mereka.heaven rasa kan..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.