Assalamualaikum

Kegilaan Barang Comel di Wawa Paradise | Jadi viral kan mengenai perkahwinan bertemakan Hello Kitty. Saya pun suka benda-benda comel macam Hello Kitty dan Doraemon. Excited saya melebihi Cik Aisyah. Tapi, saya tidaklah segila pasangan itu hingga perkahwinan pun mahu bertemakan Hello Kitty. Seolah ada yang tidak kena pula.

Menjadi kepantangan saya bila melihat koleksi yang comel-comel, mulalah tangan gatal untuk memilikinya. Harga pula sangat berpatutan, tidaklah mahal sangat. Beli pun untuk kegunaan, bukan sekadar suka-suka. Alang-alang ada kegunaannya, baik saya beli apa yang saya suka!


Botol air dan termos ~ kotak termos tu pun comel, saya simpan lagi.


Rasa nak menangis bila barang dah sampai. Mana tidaknya, barang yang kita suka, lama pula menunggu. Gara-gara perkhidmatan nationwide yang saya kira agak lembab. Last mereka update tracking number pada 12 Mei, sedangkan barang ini saya terima pada 15 Mei.

Kalau nak cuci mata, jangan segan-segan singgah ke www.wawaparadise.com.my. Banyak sangat barang-barang comel yang boleh anda miliki.