Assalamualaikum
Ulang Tahun Aisyah Humaira Ke-3 | Sudah lama kami merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi untuk Aisyah. Tidaklah besar-besaran, cukup sekadarnya sebab Aisyah sudah pandai meminta kek harijadi dan belon.
Ulang tahun kelahiran Aisyah jatuh pada 2 Mei setiap tahun dan tidak pernah kami sambut pada 2 Mei. Kami akan sambut awal sehari iaitu pada 1 Mei sebab masa tu cuti!
1 Mei 2015 - Seawal 7 pagi kami sudah gerak pulang ke kampung. Kek sudah kami tempah di Dessert Queen awal-awal lagi dan menjadi rahsia buat Aisyah.
Sesi meniup belon dan menggunting huruf kami lakukan tanpa perancangan khas. Janji ada belon bagi memeriahkan suasana. Sekurang-kurangnya saya telah berjaya merealisasikan impian dan angan-angan Aisyah.
Sambutan kecil-kecilan di rumah atok dan nenek.
Kek mini chocolate indulgence bertemakan frozen
~ No. 3 tu saya ubah suai sebab saya tersebut 2 ketika menempah.
Sebuah basikal dari atok untuk Aisyah. Terima kasih atok!
Cik Umie menghadiahkan sehelai gaun yang cantik. Ibu dan ayah? Hahaha..tak sempat cari hadiah untuk Aisyah lagi. Mana tidaknya. Selepas kejadian yang menggembirakan ini, Aisyah demam dan diikuti pula saya.
Nota Kaki : Aisyah sudah sihat setelah 6 hari tidak sihat..alhamdulillah..
14 Ulasan
happy belated birthday aisyah..bestnye atok bg beskal..
BalasPadamalhamdulillah aisyah dah okayh..mar dh sihat?..
alhamdullilah
BalasPadamHappy belated 3rd birthday Aisyah..auntie doakan awak membesar dengan sihat dan sempurna..smoga menjadi anak yang sentiasa membahagiakan hati ibu dan ayah :)
BalasPadamhappy brithday aisyah :)
BalasPadambelated birthday aisyah.
BalasPadamdoa biar cepat sembuh ye..
yelahhh 1 mei kan semua org cuti..senang skit nak sambut or buat jamu mkn2 ke kan or celebrate kt mn2..hehe
BalasPadamhepi besday aisyah
grow well and be a good muslimah ok
Selamat Hari Lahir buat Aisyah.. sebaya dengan dak Nuha rupanya.. cuma dak Nuha lahir 23 April.. ;)
BalasPadamAlhamdulillah... Selamat hari lahir aisyah..
BalasPadamHappy birthday aisyah. Eh aisyah sebaya Zuyyin rupanya =)
BalasPadamHappy Bday Aisyah..Semoga mnjadi anak yg solehah..Amin..huhu
BalasPadamSebaya sufi ni...
BalasPadamSelamat hari lahir cayang.....
Semoga menjadi anak yang solehah, panjang umur dan murah rezeki
Happy belated 3rd birthday, Aisyah! Aunty lambat ucap, selalu pun macam tu. Selalu jerk tertinggal MRT bila bab ucap selamat harijadi ni.
BalasPadamNanti demand hadiah daripada ibu dan ayah pulak ek...
Ehh selang 3 hari je dgn birthday lya hhehe...moga aisyah jdi Ank yg soleha buat ibuayah
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamhappy belated birthday aisya
semoga sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah AMIN
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.