Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulang Tahun Cik Aisyah Humaira Yang Pertama

Assalamualaikum

Ulang Tahun Cik Aisyah Humaira Yang Pertama | Ye...tarikh tu adalah semalam. Semalam genaplah umur Aisyah setahun. Ibu teruja sungguh. Sudah setahun Aisyah lahir ke dunia, terasa bagai baru semalam ibu membelai wajah lembutmu.

Berikutan Hari Pekerja sudah cuti umum, ibu dan ayah sepakat meraikan hari yang penuh bermakna ini pada hari tersebut. Lagipun Aisyah masih kecil, belum mengerti erti "Hari Jadi", malah belum pandai meminta yang bukan-bukan, apatah lagi untuk makan kek.

Ibu paksa ayah beli hadiah untuk Aisyah. Hehehehe..

Kami ke Jusco Tebrau di kala tengahari menjengah. Ketika itu, hujan rintik-rintik. Aisyah yang teruja melihat ibu sudah bersiap seolah pelik melihat ibu hanya duduk di sofa dan menonton televisyen. Mana tidaknya, ayah tiba-tiba kata mahu melelapkan mata sebentar.

Jam 12 tengahari, kami bertolak, meredah kereta-kereta yang bertali arus. Aisyah yang berceloteh sakan (bahasa bayi) tiba-tiba senyap. Rupanya sudah terlena di kerusi bayi.


Aisyah yang tidak sabar..


Ibu je lebih-lebih posing..


Hahahaa..


Sabar nak..ayah pasang dulu..


Vrommm...


Nota Kaki : Ini ajelah yang mampu ayah dan ibu beli sebagai hadiah ulang tahunmu...

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code