Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sehari sebelum ~ Ini Kali lah!

Macam tak percaya dengan diri sendiri, hari ini, Sabtu (4.5.2013), ibu yang bekerja setengah hari yang kononnya semalam (Jumaat) berkobar-kobar seakan mahu pulang lewat hari ini gara-gara mahu menyiapkan report yang berlambak. Mana tidaknya, semalam ibu pulang jam 7 malam. Ada pulak Supervisor Production ni seorang warga Nepal saja bergurau dengan ibu.

"Ei Mariati, u tak takut duduk sorang-sorang? Sini ada hantu tau.."

Haiya... Ibu tenung muka dia dengan selamba.

"Mana ada ma.."

Ibu yang perasan rajin terus saja merenung PC dan jari jemari lincah menekan punat-punat nombor. Sesekali bila teringat kata-kata Nepal tu, terasa seram sejuk juga. Ah..abaikan. Ibu bukan seorang yang penakut dan juga bukan seorang yang berani, Kihkih.. Dan ibu berjaya menyiapkan report setelah jam 7 malam. Terrer kan planning ibu. Memang 'on time'.

Tapi hari ni seakan ada sesuatu yang merasuk  ibu  untuk jadi malas. Asyik seronok baca blog-blog orang. Ketawa sorang-sorang.

Paling berat kerja ibu lakukan pon, cuma angkat stamp pad dan mengecop report yang sudah disemak oleh Penyelia QA. Dan dah kira rajin juga lah bila ibu buka server cari certificate yang berkenaan projek untuk dilampirkan sekali dalam report.

Tapi kan..kira ibu ni kategori rajin amat jugalah sebab bila ibu on9 YM kompeni, alahai betapa sedikitnya warga kami yang bekerja. Yang lain? Hehehe..demam pilihanraya. Balik kampung sudeyyy.. Ibu je yang rajin tahap gaban kununnya mengadap PC yang dah naik menyampah tengok muka ibu yang cute ni hari-hari.

Ye...esok lah harinya untuk membuang undi. Buang dalam kotak bukan dalam longkang. Kali ke-2 ibu pergi membuang undi, tetapi kali ini memang terasa seakan suasana hari raya. Itulah penyebab kemalasan yang berleluasa bertandang.

Tak sabar ni wehhh...


Trimas en.google


Nota Kaki : Pastikan kita 'PANGKAH'


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code