Sewaktu menjemput Aisyah pulang semalam petang, pengasuh menunjukkan badan Aisyah yang timbul biji-biji kasar. Nak kata demam campak bukan. Kebetulan demam Aisyah sudah kebah semalam. wajahnya ceria cuma kadang kala mengadu kegatalan.
Sebelum jam 8 malam, kami ke klinik Ibu dan Anak berdekatan dengan tempat tinggal.
Pembantu klinik sudah dapat mengecam wajah ibu dan Aisyah yang comel ni. Puan Doktor pun...sudah pasti. Baru minggu lepas lepas Aisyah datang untuk check-up setahun. Kali ini datang pula kerana biji-biji gatal yang timbul di tangan dan kaki Aisyah. Mujur demam Aisyah sudah baik.
Sekali tengok sahaja doktor sudah mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh Aisyah.
Sakit tangan, kaki dan mulut! Melopong juga mulut ibu bila dengar doktor menyebut nama penyakit tu. Terus terang ibu katakan ibu tidak pernah ambil tahu mengenai penyakit itu. Selalu dengar dalam berita dalam televisyen je. Bila terkena pada Aisyah, ada juga sedikit rasa kesal kerana tidak mengambil tahu sebelum ini.
Doktor kata, penyakit ini tidak berbahaya. Hmmm... ibu memang risau, bahaya atau tidak tetap merbahaya bagi ibu.
Petang ni ibu jemput Aisyah seperti selalu ye.. Rindu sangat...
1 Ulasan
Emm..dugaan..kesian kecik lagi.. sedih tengok dia garu kaki dia..merengek2..alahai...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.