Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Hari Guru

Hari ini Hari Guru. Ucapan Khas buat kakak ibu, Puan Suriyati dan suaminya.


Tiba-tiba teringat zaman sekolah. Sekolah kebangsaan Sekolah kebangsaan hanya di hadapan rumah mak abah. Ibu bersekolah di sekolah ibu dari darjah 1 hingga darjah 6. Tidak perlu gusar jika hari hujan ke panas ke ribut ke. Malah ibu rajin ke sekolah awal dan membersihkan kelas hampir saban hari meskipun tugas membersihkan kelas sudah dibahagikan sama rata dengan rakan sekelas. Kelakar sungguh..


Sekolah menengah pula sedikit jauh, mengayuh basikal saban hari untuk menimba ilmu. Kalau basikal rosak, terpaksalah menapak hampir setengah jam. Kalau hari hujan, berbekalkan payung di tangan, kayuhlah basikal seperti biasa (kalau basikal tak rosak). Terpaksa bersaing dengan kereta yang beratur panjang, yang mahu anak masing-masing diturunkan di hadapan pintu pagar sekolah, yang tidak mahu anak masing-masing terkena air hujan barang setitik, tidak pula peduli akan anak orang lain yang terpaksa mengelak becak gara-gara tayar keretanya melanggar lopak air hujan, terpaksa menghidu asap kereta mereka gara-gara jalan yang sempit untuk dilalui. Banyak kali juga ibu hampir dilanggar kereta gara-gara mereka yang memandu tanpa melihat cermin sisi atau cermin pandang belakang, maklum sahaja kalau memandu kereta tanpa punya lesen yang sah.

Kenapa ibu naik basikal? Kenapa abah ibu tidak hantar?
Hmmm...entah ye. Hujan atau tidak, ibu tetap pergi sekolah sendiri. Abah ibu ada kereta. Ada motor. Tapi ibu tetap mengharung hujan sendiri. Pernah sekali ibu merajuk tidak mahu ke sekolah kerana hujan, tetapi dimarahi pula oleh emak. Ibu pinta agar abah hantar ibu ke sekolah, tetapi permintaan ibu tidak dilayan. Sejak hari itu, hujan atau tidak ibu tetap redah sahaja tanpa banyak bicara.
Bunyi seperti ibu ni anak tiri je kan? Ohh tidak.. Ibu tidak salahkan sesiapa. Semua itu adalah cara untuk mendidik anak-anak (sedapkan hati). Adik-adik ibu masih kecil, emak perlu menguruskan mereka. Abah ibu pula penat, kerja pagi petang untuk kami sekeluarga. Selama 5 tahun ibu bersekolah di SMK Maokil.



Logo SMK Maokil


Tetapi berkat usaha ibu, ibu berjaya menjejakkan kaki ke Universiti. Ada kebanggaan juga di situ. Mana tidaknya, mereka yang dihantar dijemput oleh bapa mereka menaiki kereta saban hari tidak merasai kebanggaan ibu ini. Eh..bukan senang nak masuk universiti kala zaman ibu tau. Malah nak isi borang pun susah. Kena berebut-rebut nak beli borang. Nak masuk Tingkatan 6 pun banyak sesi soal jawabnya.

Isi borang bukan boleh main hentam je. Kena isi betul-betul. Sudah isi borang, perlu menyediakan salinan-salinan yang diminta pula dan perlu pengesahan dari penjawat awam yang memiliki DG apa ntah. Ala senang kata yang pangkat tinggi macam pengetua sekolah, pegawai felda. Dah dapat cop, kena pula pos. Nak selamat, gunalah Pos Laju.

Ibu sambung pengajian ke peringkat Diploma di Uitm Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. 3 tahun menimba ilmu di situ, pelbagai pahit mahung diharungi. Cerita lain kali ye..berikutan masa yang agak 'limited'.


Ibu ingat lagi, masa tu tidak ada internet, tidak ada komputer. Sesiapa yang ada benda-benda tu kat rumah boleh la dianggap BERADA. Mahukan apa-apa kena usaha sendiri. Berbanding kawan-kawan ibu yang lain, kehidupan mereka kelihatan mudah. Apa yang mereka inginkan senang betul mereka dapat. Ibu? Hmm..dapat nombor 2 di dalam kelas yang PERTAMA belum tentu dapat hadiah apa-apa dari mak abah tau....(eleh..emosi lak).


Agak berbeza di zaman adik-adik ibu apabila mereka meningkat dewasa (zaman sekolah menengah mereka). Abah belikan motor untuk mereka ke sekolah meskipun hanya motor second hand. Malahan selepas habis belajar, apabila mereka sudah bekerja, abah boleh belikan motor setiap satu untuk tiap-tiap seorang. Adik ibu 2 orang lelaki. Bujang lagi. Sekarang ni, masing-masing sudah memiliki kereta, malah duit muka kereta juga abah yang keluarkan percuma. Wowww!


Ibu? Heheheh..tetap setia dengan Viva Ijo ibu yang ibu sayang sangat. Mana tidaknya, hasil titik peluh ibu sendiri. Susah senang bersamanya. Chewahhh...



Nota Kaki : Ibu dan ayah adalah GURU kepada anak-anaknya...







Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code