Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Geram Tau


Bila tiba musimnya, aduhhh penuh wall feed dengan gambar dia. Geram je tengok. Sudah lah gebu dan cantik, malah harum dan manis!!. Wehhh...terliur tau. Tak pasal-pasal masuk dalam list mak buyung.

Bila permintaan diusul kepada en.suami, en.suami terpinga-pinga mahu cari di mana? Bukan kat perlis je ke yang oi?

Harumanis...seharum dan semanis namanya, buat saya tergoda dan terbayang-bayang. Rindu lidah ini untuk mencicipmu. Ehhh...benci tau dengan perasaan ni.

Harganya mencecah RM26/ kilo. Memang mahal kan. Harga yang tidak pernah turun, malah naik!

Ala takkan pasaran Johor tak sampai. Apa orang Johor takde yang teringin ke? Siapa peniaga harumanis di Johor, silalah contact saya dengan kadar segera. Pasti saya beli. Beli pos macam lambat je sampai.. Sob..sob..


Pinjam dari Google ~ Aduhhh..lap air liur..








Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. huhu..samalah..tp kakak ipar ckp dekat pengerang diorang ada jual..tapi x sure ke tu harum manis ke tak mar...akak pun teringin jugak..tp xtaulah dapat ke tak..

    BalasPadam
  2. amboiii mak buyung kita... hihihih.... kena carik jugak tu, sebab kalau teringin ni siang terbayang, malam merindu..

    BalasPadam
  3. Alahai kesiannya dia.
    Mar suruh en abang cari di Air Hitam tengah banyak tu
    Hari itu kakak balik dari Melaka beli juga tapi tak tahu berapa harga sebab abang yg bayar
    Tak silap di Kipmart Tampoi pun kakak ada nampak...

    BalasPadam
  4. saya pon tak pernah makan jugak harum manis ni. lama jugak teringin walaupon tak mengandung. huhuhu

    BalasPadam
  5. wahh tengok gambar dah terliurrrr

    BalasPadam
  6. musim harum manis,.yg tak pregnant pun semuanya mengidam habis,.Inikan yg pregnant..

    BalasPadam
  7. Tengok kt tv1 hari tu.katanya harumanis hanya dijual di perlis sebab kt perlis pun permintaan dh tinggi.saya cari juga sekitar perak..x pernah jumpa lg

    BalasPadam
  8. Assalam mar,
    he3
    iols yang agak dekat ni tak pulop teringin he3

    BalasPadam
  9. X pernh lya rasa, fuhh mhlnya

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code