Assalamualaikum
Mengreview filem ini sebab ada sesuatu yang menarik hati saya. Apa dia? Baca sampai habis.
Sinopsis Filem
Mengisahkan seorang perempuan tua, Mak Jah yang tinggal di kawasan terpencil. Dia sering diganggu dengan suara kanak-kanak yang bermain-main di halaman rumahnya, termasuklah kejadian pelik seperti makanan di dapurnya tiba-tiba berselerak serta dinding di dalam biliknya diconteng dengan lukisan pelik sedangkan dia hanya tinggal berseorangan di rumahnya. Dia kemudiannya menyedari dia sedang diperhatikan oleh 'sesuatu' apabila dia mendapati gambar selfie dalam telefon bimbitnya, tidak pernah diambil olehnya sendiri. Pada masa sama, Mak Jah pernah terlihat beberapa lelaki yang tidak dikenali berada di kawasan semak belakang rumahnya untuk membuang sisa-sisa buangan.
Tajuk : Selfie Suara Kubur
Tarikh Tayangan : 23 April 2015
Genre : Seram / Misteri
Pengarah : M. Subash Abdullah
Pelakon : Mak Jah, Kay Shan, Aiza, Sue, Adie Black
Produksi : Genius Parade Sdn Bhd
=============================================
Filem ini agak santai dan tiada adegan menyeramkan dan suspen sangat pun. Memang takde kot. Pelakon pun berapa kerat je. Memang santai giler lah. Kisah Mak Jah yang sering diganggu suara kanak-kanak, seolah-olah kanak-kanak sedang bermain dan rumahnya juga bersepah. Hingga satu hari ada lukisan-lukisan pelik sebagai petunjuk.
Bab yang saya suka bab Mak Jah menyanyi. Mak Jah ni memang suka menyanyi kot sebab setiap masa sambil menyiapkan upah meraut lidi penyapu dan membungkus kacang, dia menyanyi.
Lirik Abang Sayang Adik Sayang - Julie Remie
Abang sayang abang dimana
Hati risau mengenang dikau
Abang sayang hatiku risau
Lama di tinggal merantau
(2x)
Jauh jauh jauh dimata
Dihati dekatlah sayang
Dalam dalam dalamnya laut
Lebih dalam rasa hariku
Jauh jauh jauh dimata
Dihati dekatlah sayang
Dalam dalam dalamnya laut
Lebih dalam rasa hariku
Ni lagu yang Mak Jah nyanyi hingga saya sendiri terikut-ikut. Rasa best pula bila nyanyi. Rentaknya agak santai. Terngiang-ngiang di telinga, sampai naik hafal lirik lagu ni. Inilah punca saya buat entri review filem.
Pinjam dari Google ~ Mak Jah tersenyum apabila CD nya sudah berada di pasaran.
Filem ini dipenghujungnya membongkar misteri kehilangan beberapa orang kanak-kanak yang hilang. Kanak-kanak tersebut diculik dan dibunuh untuk mendapatkan organ dalaman mereka. Dibunuh, dikerat kemudian di tanam di kawasan kebun kelapa sawit.
Nota Kaki : Terus teringat kes yang berlaku di JB, bayi dikerat 15 bahagian. Allahuakbar, si pelaku tiada perikemanusiaan langsung..
15 Ulasan
filem² seram ni sejak dah tua ni,memang jarang nak tengok..entah la ek..cepat rasa takut..hehehehe
BalasPadamTajuk mcm seram kak. Lama xtengok citer antu.hehe
BalasPadamTajuk mcm seram kak. Lama xtengok citer antu.hehe
BalasPadamAkak ni dah lama tak tengok movie Mar..
BalasPadamKalau cerita mistik ni lagi lah..
Penakut lebih akak ni...
Ohhh rupanya ada kisah disebaliknya ye Mar..
Mereka buat filem tu selalunya kisah benar..
Seperti yg berlaku di JB tu kan..
Sekarang ni nak suruh anak buang sampah depan rumah pun rasa takut kan Mar..
assalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi.. sory hr nie bz skit baru masuk keja
hehe
Haha...Makcik yg HERO & HEROIN dlm cite ni... ada 5 org pelakon je...kiki
BalasPadamtajuk cam seram...hu hu hu, tentang bayi dikerat 15 tu, orang yang buat tu adalah orang yang stu-eee-peed.... dan kebangangan tahap abadi....
BalasPadamTajuknya seram tapi Mar kata tak seram mana pun ye
BalasPadamKakak dah bertahun tak tengok cerita seram macam ni Mar..
macam seram jer.. huhu
BalasPadamtak seram pun..filem muzikal seram ke apa ni?hehe
BalasPadampernah dgr tajuk...macam seram jugak.. teringin gak nak tgk..hehe
BalasPadamcerita seram memang tak tengok takut tak boleh tido..hahaha
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamseram ka???? lawak ka????
konpius iols :P
tak seram, tak lawak..filem sempoi..
PadamLya penakut, filem seram apa pun memg x brani nak tgk huhu
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.