Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Serunding Daging Sedap


Bila dah masuk trimester ke-2, biasanya keinginan nak makan macam-macam tu membuak-buak. Masa inilah tangan ligat menyenaraikan segala macam makanan yang teringin dimakan.

Kalau nak ditunjuk senarai tu, boleh meleleh airmata en.suami nanti. Tapi takpe, mana yang boleh usaha sendiri, masak sendiri.

Serunding daging ni saya minta en.suami beli dengan Mak Usu. Order dengan Mak Usu dia sebab Mak Usu dan Pak Usu kerja di Kipmart Tampoi. Susah pula pada saya nak dapatkan serunding daging ni. Kalau ada pun kebanyakkannya serunding ayam atau ikan. Tak mau! Nak serunding daging juga.

Bila dah order, tak mau order sikit-sikit sebab tidak lama lagi Ramadan akan tiba. Boleh buat lauk bersahur tau. 500gm, banyak ke? Pada saya, biasa je kot. 

Dapat 1 tupperware ni. Banyak tak banyak la 500gm kot.


Malam selasa tu, Mak Usu, Pak Usu dan anak beranaknya singgah ke rumah kami sekejap. Pak Usu balik kerja je sudah jam 9.45 malam. Sempatlah berbual setengah jam sebelum mereka beransur pulang.

Rezeki mak buyung mengidam serunding. Dapat free!! Whewwww..banyak pula tu. Tekak mulalah merangka nak lawankan serunding daging ni dengan apa. Dengan roti pun sodap. Apatah lagi dengan nasi impit dan lemang.



Nota Kaki : Aty fareed berjaya menggoda dengan kisah duriannya..ahaaiii...




Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. sdpnya kalau dpt ratah mcm tu ja... nyum2..

    BalasPadam
  2. memang sedap makan dengan nasi himpit mar,akak pun suka dengan serunding daging ni..

    BalasPadam
  3. Makan dengan pulut pun sedap..

    BalasPadam
  4. Perhh sdp ni, dulu lya study duk semenanjung.ni la besahur lya hihi

    BalasPadam
  5. mmg gitu laa karenah ibu mengandung...mcm2 rase nak makan kak...tapi syiok gak tak yah pikir berat naik ke ape...lepas pantang kang le baru start diet heheeheheh...lieya suke nie....mkn kapit ngan roti pun sedap...

    BalasPadam
  6. Lamanya tak makan serunding daging..sini susah nak dapat... time puasa je kadang ada jual.. sy suka makan dgn roti... :)

    BalasPadam
  7. alamak.. yg tak mengandung ni pun terliur..hahaha

    BalasPadam
  8. Mentang mentanglah mak Buyung....habis semua diidamnya hihi.... Tu namanya rezeki kan Mar, nak beli dpt free....lepas ni ngidam apa pulak agaknya

    BalasPadam
  9. wahh wahhh .... sedap tu ... baby pun sedap dlm tu kan

    BalasPadam
  10. Kakak suka serunding daging yg basah-basah dan pedas sikit.
    Makan dgn ketupat segera adabi pun sedap tau mar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu pasti Kakzakie...sedap sangat dah tu..

      Padam
  11. Sedap..saya suka yang manis-manis pedas!
    tapi kolestrolnya agak tinggi...hihi..jom kawal kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    BalasPadam
  12. sedapnye serunding..sama la kite mar..xsuke serunding ikan or ayam..kalau serunding kene daging jugakkkkk..hehe..makan ngan nasikkk..sedapnye..

    BalasPadam
  13. Dah lama akak tak makan serunding daging ni Mar,
    Akak selalu regukan dengan nasi impit..
    Emm dapnya :)

    BalasPadam
  14. Haih..Tgk serunding ni..Terigt plk serunding dr kelate...hoho

    BalasPadam
  15. Selamat mamam serunding :)

    BalasPadam
  16. Assalam mar,
    serunding daging slurp3 he3
    iols loike

    BalasPadam
  17. Sedapjuga... Macam nk buat je esok..hehe

    BalasPadam
  18. Wahh serunding..sedappnyaa..time posa nanti wajib cari serunding..sedap makan time sahur nanti..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code