Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bil Yang Saya Perlu Bayar


Kesinambungan entri semalam, di mana saya menceritakan tentang procedure baru. Ramai yang bertanya betul ke apa yang saya alami ni? Ye, saya mengalaminya. Sedangkan sebelum-sebelum ini, jika kita bawa rujukan dari doktor swasta, cas biasa dikenakan.

Saya ada bertanyakan juga kepada rakan lain yang mempunyai pengalaman seperti saya. Masing-masing bawa surat rujukan doktor swasta tetapi tidak dicas mahal sebegini.

Salah seorang rakan saya yang baru bersalin tahun ini, beritahu, jangan tunjuk surat rujukan dari klinik swasta kalau tidak, memang akan dicas macam tu.

Sambungan kisah saya semalam. Nurse diikaunter salah memberitahu jumlah bayaran yang perlu saya jelaskan. Saya tidak perlu membayar baki RM130, tetapi hanya RM80. Kesilapan hanya dari segi cas yang dikenakan.

RM80 adalah tidak termasuk bayaran pendaftaran sebanyak RM30 di mana ia dicas begitu kerana saya membawa rujukan dari dokor swasta. Jumlah keseluruhan adalah RM110. Tetap mahal kan..

Registration = RM30
Vaginal Examination = RM50
Cardiotocograph = RM30
-------------------------
Jumlah = RM110

Bil bayaran ~ Klik untuk lebih jelas



Saya sempat bertanya di kaunter bayaran, sejak bila procedure ini berkuatkuasa? Sebab sebelum ini tidak ada cas sebegini.

Staff di kaunter beritahu saya procedure ini baru sahaja. Dia tunjuk kepada saya helaian email yang dia print out, dalam Januari 2015.


Saya : Kenapa kalau bawa surat rujukan doktor swasta, cas lain eh? Pastu jalani rawatan pun kena cas? Dulu tak macam ni pon


Staff : Ye, memang macam ni sekarang.

Saya : Sejak bila?

Staff : Baru lagi berkuatkuasa. Dalam tahun ni juga. Saya dapat email dalam Januari 2015. Mengenai pengesahan perkara ni.

Saya : Ermm.. kalau demam ke apa ke asalkan kita bawa surat rujukan klinik swasta pun kena cas camni?

Staff : Ye puan.

Serba sedikit yang saya kongsikan.









Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. pelik je kan...sambung kat wassap la mar..hehehe

    BalasPadam
  2. macam-macam kan mar sekarang ni, segalanya duit.. :(

    BalasPadam
  3. adeh.mcm2 hal lah..xphm kerajaan skrg ni.bkn nak senangkan rakyat,makin bebankan ada lah huhu

    BalasPadam
  4. Zaman skrg semua mmg krna cas...bertabah la bila kita ni rakyat marhaen....nasib baik company SA kerja ni ada allocation perubatan...ada kad medic.jd better pi swasta....SA ada bad experience with gov hospital

    BalasPadam
  5. jenuh la cmni.klau pregnancy case p swasta mmg company x cover...jenuh siap duit riban2.klau demam sakit biasa tu xpala kan company cover p swasta.
    klau mlm2 ada prob dgn pregnancy camna nk p KK?bkn buka pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya yang demam ok lagi ke swasta sebab boleh claim..tapi anak takde cover..jadinya memang akan ke government..
      jadinya kalau pregnant, better checkup di KK je kalau tak mahu dicas lain..

      Padam
  6. Semua duit kan Mar..
    Masuk tandas pun duit Mar..
    Sakit pun duit tambahan kena..

    BalasPadam
  7. dsbbkan gst lah semua jadi lain
    ntah bila lah diorg nk mansuhkan gst ni
    beban rakyat..tp krjn dpt berbillion2 huhu

    BalasPadam
  8. Ohh baru nani tahu macam ni sekarang

    BalasPadam
  9. alaa... no komen la..lain hosp xkan lain cajnya..pelik gak

    BalasPadam
  10. oo macam tu ye,baru tahu ni la prosedur tu ye

    BalasPadam
  11. Assalam mar,
    mungkin deme ingat yang dok check swasta ni banyak duit kot :P

    BalasPadam
  12. Assalam mar,
    sha peknen thn 2011, bersalin 2012
    memang check kat KK & private hospital
    tak pernah gi klinik swasta
    sha memang dah konpem nak beranak kat private hospital
    cuma still check kat KK sebab kalo ada komplikasi serius, private hospital akan refer ke GH
    time ni la nak kena ada rekod yang check up KK tu :)
    Alhamdulillah masa bersalin walopun ada kes, tapi still private hospital yang handle :)

    BalasPadam
  13. Oh, begitu ke? Bawa surat rujukan klinik swasta kena caj berbeza pulak. Kalau tak tunjuk, tak kena caj lebih. Apa relatifnya? Kesianlah pada orang yang tak berapa mampu tetiba kena caj sama aje macam pergi hospital swasta pulak.

    Tapi nak buat macamana ya Mar dah begitu katanya. Takkan kita tak nak bayar pulak. Tapi hati memang tak puaslah kalau main caj berbeza macam ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code