Kesinambungan entri semalam, di mana saya menceritakan tentang procedure baru. Ramai yang bertanya betul ke apa yang saya alami ni? Ye, saya mengalaminya. Sedangkan sebelum-sebelum ini, jika kita bawa rujukan dari doktor swasta, cas biasa dikenakan.

Saya ada bertanyakan juga kepada rakan lain yang mempunyai pengalaman seperti saya. Masing-masing bawa surat rujukan doktor swasta tetapi tidak dicas mahal sebegini.

Salah seorang rakan saya yang baru bersalin tahun ini, beritahu, jangan tunjuk surat rujukan dari klinik swasta kalau tidak, memang akan dicas macam tu.

Sambungan kisah saya semalam. Nurse diikaunter salah memberitahu jumlah bayaran yang perlu saya jelaskan. Saya tidak perlu membayar baki RM130, tetapi hanya RM80. Kesilapan hanya dari segi cas yang dikenakan.

RM80 adalah tidak termasuk bayaran pendaftaran sebanyak RM30 di mana ia dicas begitu kerana saya membawa rujukan dari dokor swasta. Jumlah keseluruhan adalah RM110. Tetap mahal kan..

Registration = RM30
Vaginal Examination = RM50
Cardiotocograph = RM30
-------------------------
Jumlah = RM110

Bil bayaran ~ Klik untuk lebih jelas



Saya sempat bertanya di kaunter bayaran, sejak bila procedure ini berkuatkuasa? Sebab sebelum ini tidak ada cas sebegini.

Staff di kaunter beritahu saya procedure ini baru sahaja. Dia tunjuk kepada saya helaian email yang dia print out, dalam Januari 2015.


Saya : Kenapa kalau bawa surat rujukan doktor swasta, cas lain eh? Pastu jalani rawatan pun kena cas? Dulu tak macam ni pon


Staff : Ye, memang macam ni sekarang.

Saya : Sejak bila?

Staff : Baru lagi berkuatkuasa. Dalam tahun ni juga. Saya dapat email dalam Januari 2015. Mengenai pengesahan perkara ni.

Saya : Ermm.. kalau demam ke apa ke asalkan kita bawa surat rujukan klinik swasta pun kena cas camni?

Staff : Ye puan.

Serba sedikit yang saya kongsikan.