Seronokkan cuti lama. Dari hari jumaat hinga isnin. Tapi, cuti lama pun tidak ceria yang dirancang. Bermula dengan Aisyah demam petang Jumaat. Segala ubat memang ada bawa. Sudah diberi ubat, lap badannya, suhu turun kejap-kejap.
Dia meracau memanggil ibu. "Ibu, ibu, ibu". Ditambah pula, Aisyah jenis susah makan ubat. Mahu berikan ubat padanya ibarat mahu berperang!
2hb Mei 2015 - Genap Cik Aisyah 3 tahun. Dia masih demam. Saya pula sudah mula tidak sedap badan. Badan mula terasa seram sejuk, petanda demam mula menyinggah. Petang itu, setelah hujan reda, kami ke klinik berdekatan, di Labis. Pilihan yang ada hanya poliklinik penawar.
Suhu mencecah 40 darjah! Kena masuk ubat bontot. Pertama kali Aisyah diberi ubat bontot. Tak lama lepas tu, memang nampk perubahan. Tapi, ubat perlu diberi mengikut arahan.
4hb Mei 2015 - Kami ke HSA pula setelah pulang ke JB. Tujuannya, saya sahaja mahu dapatkan rawatan berikutan Aisyah sudah kebah dan dia boleh bermain seperti biasa. KK tidak buka, le HSA lah kami meskipun terpaksa menanti berjam-jam. Darah saya diambil. Alhamdulillah, bersih.
Cuma doktor ada bertanya, awak mahu balik atau masuk wad. Laju je saya me jawapan, saya nak balik. Tujuannya mahu masukkan air dalam badan kerana saya tidak boleh menerima sebarang makanan dan minuman. Masuk je muntah sampai air je keluar bila muntah tu yang rasa nak pitam. Doktor geleng kepala. Dan doktor mengalah, beri saya ubat. Lega.
Sampai rumah, bagi Aisyah minum ubat. Tak lama dia minta air kotak milo, minta susu. Tidur kejap. Saya pun tidur dalam setengah jam. Aisyah muntah-muntah. Berhenti kejap, muntah lagi. 4 kali juga dia muntah. En.suami sudah tidak keruan, sarung seluar angkut Aisyah ke HSA. Kelam kabut saya sediakan beg Aisyah dan susu.
Kali ke dua kami ke HSA dalam satu hari yang sama. Saya jalan pun rasa melayang. Ketika sesi pemeriksaan dengan doktor, doktor terus je cakap, "kita tahan wad".
Ha?? Melopong kami berdua. Kami minta tidak ditahan, dan diberi peluang sehari hingga 2 hari, jika berulang lagi datang semula bersama beg pakaian. Ermmm..
Nota Kaki : Bila ibu demam, anak demam, ayah pula tak keruan..
17 Ulasan
Sabar ye..moga aisyah dan ibu segera sihat..
BalasPadamsabar ya dugaan kan
BalasPadamsis masuk lah wad klo itu yg terbaik...jgn paksa diri buat keje ye.rehat secukupnye
BalasPadamsmoga cepat sembuh
BalasPadamsemoga mar dan aisyah cepat sembuh
BalasPadamalahai..kesiannya mar..masa awal pregnant dulu akak pun tak boleh masuk makanan...tak selera nak makan..sampai muntah pun keluar air je,get well soon ye mar..
BalasPadamSemoga cepat sihat...
BalasPadamSemoga cepat sihat..Aminn..
BalasPadamSyafakillah Mar.. semoga dua beranak ni cepat sembuh..
BalasPadamsemoga cpt sembuh
BalasPadamalahaiiii..semoga cepat sembuh ye..
BalasPadamsemoga cepat sembuh semuanya ya sis.. rest & makan ubat ...
BalasPadamget well soon yaa
BalasPadamKalau anak demam dan kita sihat, masih ok lagi....kalau anak ngan suami demam, kita sihat, pun masih ok lagi, yg tak ok, kalau kita yg demam hihi...
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamsian aisyah
bebudak kalo muntah2 tu yg kesina tu
moga uols n aisyah cepat smebuh naaaa
AMIN
Dugaan utk semua... Ibu dan anak demam... Ujian utk ayah juga...
BalasPadamSemalam dah baca habis, Mar. Baru nak publish komen, internet buat hal. Bengkak je hati!
BalasPadamKalau anak aje sakit pun kita dah susah hati. Inikan pulak kalau sekali dengan emak. Haruslah orang tersayang pun risau. Moga Mar dan anak dah betul-betul sembuh sekarang ya!
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.