Wanita yang sedang hamil memang cepat sensitif. Boleh menangis tidak semena-mena hanya kerana perkara sekecil kuman. Apatah lagi bila diajukan pertanyaaan yang mengguris hati.
Sumber ~ Facebook
Para suami, jangan buat tidak endah dengan perkara-perkara ini. Bukan mudah untuk membawa perut yang kian membesar saban hari selama 9 bulan 10 hari. Meskipun si isteri melakukan segala rutin harian sendiri, adakalanya hulurkanlah bantuan tanpa dipinta.
Seorang isteri sememangnya begitu. Tidak suka meminta pertolongan kerana kasihan pada suaminya. Tetapi, sebagai seorang suami haruslah prihatin. Hanya kerana isteri tidak meminta pertolongan, dia buat tidak tahu sahaja. Hidup ini saling lengkap melengkapi.
- Seorang isteri sanggup menelan lelah sepanjang tempoh hamil.
- Seorang isteri sanggup menahan nafsu makan demi kesihatan anak dalam kendungannya.
- Seorang isteri sanggup ambil cuti untuk pemeriksaan bulanan.
- Seorang isteri sanggup menyediakan kelengkapan suaminya meskipun perut kian membesar.
- Seorang isteri sanggup berjimat cermat demi mencukupi keperluan anak yang bakal dilahirkan.
- Seorang isteri sanggup menggadai nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.
Beri mereka sedikit ruang untuk dimanjai. 9 bulan 10 hari bukan satu tempoh yang singkat. Ditambah pula sakit bersalin yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kemudian, menahan sakit dan keletihan sewaktu berpantang selama 44 hari. Bersengkang mata pula untuk menyusukan anak dan memerah susu untuk mencukupkan bekalan anak selama 2 tahun. Belum kisah bersengkang mata menjaga anak yang jatuh sakit.
~wallahuaklam~
Nota Kaki : Hargailah isteri anda..
6 Ulasan
Aaaa..yang no 10 tu. Yeker? Setakat ni saya tak pernah cakap yang itu lagi kat wife. Hehehehe
BalasPadamHahaha...betul lah tu
Padampesanan utk para suami ni ...
BalasPadamIngt tu para suami hhehe
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamoohooiii
iols baca sekerat ja all those negative question itu
emo hokeyh
memang tak leh terima
sekian he3
Banyak tau pengorbanan kita sebagai isteri. Kenalah hargai selalu. Bukan kita minta perhatian sepanjang masa, emas menggunung pun. Kalau sayang, tunjukkan sayang tu. Simpan dalam hati nak buat apakan...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.