Nasi Jagung & Ayam Masak Kurma Mudah

By Mar Mansor - 8:30 PG


Salah satu dalam senarai idaman mak buyung, nasi sedap-sedap seperti Nasi Jagung dan Nasi Tomato. Tergerak hati nak masak Nasi Jagung, maka inilah hasilnya.

Siapa cakap masak Nasi Jagung susah? Taklah..biasa je.. Meh skodeng resepi mudah saya.


Homemade


Nasi Jagung

Bahan-bahan:-
2 1/2 cawan beras ~ sebaiknya beras basmathi
1 sudu besar minyak Ghee/ minyak sapi
3 sudu besar jagung dalam tin
1/2 cawan susu sejat
Rempah tumis 3 sekawan
1/2 kiub pati ayam Knorr
1/2 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~dihiris
Sedikit garam


Cara:-
1. Cuci beras kemudian tos kan.
2. Tumis bawang, halia dan rempah tumis 3 sekawan dengan minyak sapi hingga naik bau.
3. Masukkan kiub pati ayam Knorr, kacau.
4. Masukkan beras dan kacau sehingga sedikit kering.
5. Pindahkan beras yang digoreng tadi ke dalam periuk.
6. Masukkan air mengikut sukatan, susu sejat, jagung dan sedikit garam.
7. Biarkan nasi masak.




Nota Kaki : Resepi Ayam masak kurma, sila google ye. Kurma saya tak cukup umppphhh...huhu..






  • Share:

You Might Also Like

19 comments

  1. nasi jagung tak pernah buat lagi ni..nak mencuba jugak...thanks kongsi resepi ni mar

    BalasPadam
  2. rajin nya mak buyung :)... sedap ns jagung menu masa wedding eija hihi... boleh cuba nnt macam senang jerr

    BalasPadam
  3. baru sekali buat..sedap jugak nasi ni..

    BalasPadam
  4. macam sedap jer....nanti nak try buat..

    BalasPadam
  5. tak pandai masak kurma tapi suka mkn kurma daging

    BalasPadam
  6. Singgah pagi jumaat :)
    sedapnya.....

    BalasPadam
  7. Kenyang baby kat dlm tu dpt menikmati nasi jagung ibunya:)

    BalasPadam
  8. ayam mask kurma tu mcm rendang ;) owhh senang je ye msk nsi jagung

    BalasPadam
  9. Dah lama akak tak masak nasi jagung..
    Udah teringin pulak tengok nasi jagung Mar..
    Bagi akak sepinggan mar :)

    BalasPadam
  10. tak pernah dengar nasi jagung , tapi rasa macam bersemangat nak rasa XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke? majlis kawin pun ada banyak masak nasi jagung..

      Padam
  11. blm penah try, tengok cara mcm sng sbb tak byk bahan. Thanks share, bg idea utk msk2. Asik nasi putih je..bosan gak kan.

    BalasPadam
  12. lama tak msak nasi jgung ni...

    BalasPadam
  13. sedapp.. sekali saja SB penah buat..hihii..

    BalasPadam
  14. Assalam mar,
    iols peberet nasi jagung ni
    tapi slalu beli sajork
    nak kena try rejam siniri la lagu ni he3

    BalasPadam
  15. X pernh d mkn ni nasi jagung, blh d try..mcm2 ya selera mak buyung

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.