Assalamualaikum

Nasi Jagung & Ayam Masak Kurma Mudah | Salah satu dalam senarai idaman mak buyung, nasi sedap-sedap seperti Nasi Jagung dan Nasi Tomato. Tergerak hati nak masak Nasi Jagung, maka inilah hasilnya.

Siapa cakap masak Nasi Jagung susah? Taklah..biasa je.. Meh skodeng resepi mudah saya.


Homemade


Nasi Jagung

Bahan-bahan:-
2 1/2 cawan beras ~ sebaiknya beras basmathi
1 sudu besar minyak Ghee/ minyak sapi
3 sudu besar jagung dalam tin
1/2 cawan susu sejat
Rempah tumis 3 sekawan
1/2 kiub pati ayam Knorr
1/2 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~dihiris
Sedikit garam


Cara:-
1. Cuci beras kemudian tos kan.
2. Tumis bawang, halia dan rempah tumis 3 sekawan dengan minyak sapi hingga naik bau.
3. Masukkan kiub pati ayam Knorr, kacau.
4. Masukkan beras dan kacau sehingga sedikit kering.
5. Pindahkan beras yang digoreng tadi ke dalam periuk.
6. Masukkan air mengikut sukatan, susu sejat, jagung dan sedikit garam.
7. Biarkan nasi masak.




Nota Kaki : Resepi Ayam masak kurma, sila google ye. Kurma saya tak cukup umppphhh...huhu..