Bahana Tunjuk Surat Dari Doktor Swasta

By Mar Mansor - 8:30 PG


Saya tidak tahu mengenai procedure baru yang diorang laksanakan. Saya cuma tahu GST, 1MDB. Yang lain-lain kurang pendedahan atau sengaja mereka tidak mendedahkan sebab rata-rata tidak tahu.

Kandungan baru 24 minggu, tetapi berlaku sedikit pendarahan pagi semalam. Confuse juga mahu ke klinik atau tidak. Siap buka buku pink, oh nurse KK ada tulis "pu bleeding segera ke hospital". Tapi, takkan nak terus ke hospital, nanti kena halau balik pula.

Risau dan tidak keruan jadinya. Fikir punya fikir, saya ke klinik ibu dan anak yang berdekatan untuk dapatkan rawatan. Mula-mula ke Klinik Rabbisyafina, paling dekat dengan tempat kerja tapi doktor takde di klinik, menghadiri kursus pula. Maka, saya bergegas ke Klinik Keluarga Dr. Hani di Seri Alam.

Dr. Hani memberi penerangan ringkas tapi padat. Usia kandungan melebihi 20 minggu jarang berlaku pendarahan. Jika awal kandungan mungkin sebab rahim tidak kuat. Maka, perut saya discan bagi memastikan keadaan bayi selamat. Alhamdulillah, semuanya ok. Cuma dikhuatiri keadaan ibu pula, samada berlaku jangkitan kuman atau jalan sudah terbuka. Pemeriksaan seterusnya harus dijalankan.

Doktor keluarkan surat untuk direfer ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Saya diberi cuti sakit satu hari. Saya telefon en.suami dan beritahunya saya perlu ke HSI. Saya ke klinik sendiri, memandu sendiri dan ikutkan hati mahu saja ke HSI sendiri. Tapi, en.suami minta tunggu dia balik waktu rehat nanti. Kami yang tidak tahu apa-apa pergilah untuk mendapatkan rawatan seperti yang tertulis di surat tersebut.

Kerana surat itu dikeluarkan oleh doktor dan klinik swasta, maka kami dicas dengan bayaran seolah-olah SWASTA di HSI. Procedure baru katanya. Nurse dikaunter kata, sepatutnya saya ke KK Masai (tempat saya buat monthly checkup).

Weh...bila masa procedure diubah?? Apa yang saya fikirkan mestilah mahu cepat dan bila ke hospital walaupun surat itu dikeluarkan di klinik swasta, perlukah cas pesakit dengan harga swasta juga? Baik saya terus dapatkan rawatan di swasta.

Bil yang saya tanggung akibat tunjuk surat dari klinik swasta;

Bil di Klinik Dr. Hani 
= RM55 sahaja untuk full scan.

Bil di HSI 
= Pendaftaran RM30
= Scan kandungan RM80
= check pendarahan RM50
---------------------------
Jumlah = RM160


Jumlah keseluruhan = RM215
(macam takde beza jika saya terus mendapatkan rawatan di swasta)

Jika begini, lebih baik saya teruskan rawatan di klinik Dr. Hani. Terus terang saya katakan saya terkejut dengan bil tersebut. Ingatkan bayar pendaftaran saja. Sebab pengalaman kawan-kawan saya sebelum ini, mereka ke klinik swasta juga, dan bawa surat doktor tapi hanya dicas RM1. TAPI, SEKARANG SUDAH PROCEDURE BARU.

Demi anak, saya redha. Lepas ni, jika ada masalah lagi, ke KK sajalah saya. Kompeni kami tak boleh claim jika rawatan untuk ibu mengandung. 





Nota Kaki : Dugaan..belajar dari pengalaman bersama..















  • Share:

You Might Also Like

35 comments

  1. amboi...macam masuk wad pulak kan...eh.ye ke kena charge sampai macam tu sekali..pelik beno la rasanya mar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye kak ida..saya sendiri pun terkejut..alasan sebab saya refer klinik swasta..
      apa makna saya bawa IC, buku pink sekali kan..

      Padam
  2. macam tu pulak ye...bila procedure ni bermula? lagi mahal dari swasta ni kena charge..

    BalasPadam
  3. mahalnye kak
    ada cas rupanya klo kat hospital erk
    moga kandungan akak dlm keadaaan sihat walafiat

    BalasPadam
  4. wahhh..ada pulak macam tu ye..? dulu saya pernah jugak bawak referral letter dari klinik swasta sbb masalah dgn kandungan.. tapi takde kena rate macam tu pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..kawan-kawan saya sebelum ni takde pon cas macam ni..

      Padam
  5. amboi...cas smpai cmtu skali?bila kuatkuasa?bsalin czer spital kerajaan hr tu sy kena br RM134++ ja pon.Ni br check ja dh smpai tahap mcm czer

    BalasPadam
  6. lol, ada jugak mcm tu? gila dh Malaysia skrg ni...keje nak mencekik je

    BalasPadam
  7. peh!mahal jugak tuh...
    ish..x patut...xpe² kak..sabar yea...
    semoga semuanya selamat....Amin...

    BalasPadam
  8. apesal teruk sangat..
    dah gitu lak..
    dah le KK berejam nak tunggu untuk check bagai..

    sekarang ni semua gile duit..

    KK pon dah caj seringgit tuk check up anak setahun ke atas..

    dulu tidak./

    BalasPadam
  9. sekarang ni nak p klinik dan hospital pun dah naik seriau..tak pasal2 kena charge mahal..

    BalasPadam
  10. baru 1st time dengar camtu..pelik tapi benar..

    BalasPadam
  11. apa ni..macam menipu je.. sejak bila wujud procedure baru camtu..
    Semoga sis n baby sihat2 belaka..

    BalasPadam
  12. Oh.. kakak pun baru tahu macam tu.
    Kalau gitu baik tak payah tunjuk surat dari Dr. Hani tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah sepatutnya kak..tapi tujuan tunjuk surat yelah kan nak cepat kan ada surat sokongan tu..

      Padam
  13. Baru first time dengar kes ni kak mar. Kenapa kena cas mahal sgt macam tu??? Cek pendarahan tu pasaipa mahal sgt? Gile..smpi rm50!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebabnya saya rujuk hospital swsta..emm..gitu pulak

      Padam
  14. first time tahu ni..selalu kalau p hosp lebih2 lagi kat kecemasan tu cas rm1 je..
    n lain kali ada masalah camni kak kena g kkia yg selalu checkup tu..n lau apa2hal dorang sendiri tulis referal letter ke hosp

    BalasPadam
  15. biar betul.. macam tak masuk dek akal plak.. sabar jelah..

    BalasPadam
  16. mak aihh.. boleh tahan derang cas ..

    BalasPadam
  17. kalau mcm tu harganya lebih baik ke hospital swasta terus... apa kata tunjukkan link entry ni kat mana2 jabatan yg berkaitan untuk penjelasan lebih lanjut, kalau ye benar bagai dikata nurse tersebut sekurang-kurangnya kita berpuas hati dari memendam saja. sebab saya sendiri pun tak ada pengalaman mcm ni, pengalaman saya terbalik pulak, ada surat rujukan dari KKIA tp sy terus ke swasta...

    BalasPadam
  18. saya pernah jadi camni Mar, tapi saya pergi sebab masalah kulit dapat surat refer dari klinik swasta. Bezanya saya hanya bayar caj pendaftaran RM30 je Mar, jumpa pakar (takde bayaran), them ambil ubat cuma RM1 je.

    Diorg ade inform kalau nak murah masa pendaftaran, minta surat refer dari KK. Hmm tak kuasa nak keluar hospital, pergi KK so bayar jelah.. Masa ni tahun 2012 kalau tak silap. Memang diorg takde inform kan? Kalau kita pergi hospital dan alami sendiri baru tahu. Dan takde pulak tulis kat board luar kaunter pendaftaran tu.

    Hmm pelikkk

    BalasPadam
  19. Laaaa...kenapa macam tu plak. Baik gi swasta jer. Double standard plak nak charge sbb surat dari klinik swasta.

    BalasPadam
  20. tu dia hospital gomen kan tu
    mahal tara tu
    lau el pun terkejut
    byk nau nau prosedurnya lahai
    sabor je lah

    BalasPadam
  21. ai peliknye .. cuba rujuk KKM atau emel kes ni pada KKM untuk penjelasan ..supaya semua rakyat tahu ... mmg pelik betui la ....

    BalasPadam
  22. HSI tu hospital gomen ke? Tak mcm gomenn punnn..

    Kalo pgi terus emergency xde surat refer agak2 bole msk tak? kalo boleh, ntah2 lg murah kot? Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan saya cakap..jangan tunjuk surat lain kali..emm

      Padam
  23. Dulu x mcm ni kan....x fhm la knp skrg ni mcm2 berubah....

    BalasPadam
  24. X msuk akal la smpai mcm tu sekali..baik trus buat rawatan kat klinik swasta ja mcm tu

    BalasPadam
  25. Assalam mar,
    mahai3
    iols check kat private hospital pun besanya sekali check up murah dari yang tu (+-RM130.00)
    cumanya kalo ada spesel medicine baru mahai sikit he3

    BalasPadam
  26. Hai, tak patutlah ni! Mana boleh caj berbeza macam ni. Kalau dah sakit dan tak keruan tengok keadaan, dah kalut bagai, mana sempat kita nak fikir klinik swasta ke atau klinik kerajaan yang kita harus pergi. Senang cerita, paling dekat dengan rumahlah yang kita tuju, ya tak!

    Moral of the story, kalau sakit macamana sekalipun, harus tuju klinik kerajaan kalau tak nak kena caj berlebihan macam di hospital swasta. Ini dah macam pergi hospital swasta dah ni sampai RM200++. Memang tak patut....

    BalasPadam
  27. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.