Saya tidak tahu mengenai procedure baru yang diorang laksanakan. Saya cuma tahu GST, 1MDB. Yang lain-lain kurang pendedahan atau sengaja mereka tidak mendedahkan sebab rata-rata tidak tahu.

Kandungan baru 24 minggu, tetapi berlaku sedikit pendarahan pagi semalam. Confuse juga mahu ke klinik atau tidak. Siap buka buku pink, oh nurse KK ada tulis "pu bleeding segera ke hospital". Tapi, takkan nak terus ke hospital, nanti kena halau balik pula.

Risau dan tidak keruan jadinya. Fikir punya fikir, saya ke klinik ibu dan anak yang berdekatan untuk dapatkan rawatan. Mula-mula ke Klinik Rabbisyafina, paling dekat dengan tempat kerja tapi doktor takde di klinik, menghadiri kursus pula. Maka, saya bergegas ke Klinik Keluarga Dr. Hani di Seri Alam.

Dr. Hani memberi penerangan ringkas tapi padat. Usia kandungan melebihi 20 minggu jarang berlaku pendarahan. Jika awal kandungan mungkin sebab rahim tidak kuat. Maka, perut saya discan bagi memastikan keadaan bayi selamat. Alhamdulillah, semuanya ok. Cuma dikhuatiri keadaan ibu pula, samada berlaku jangkitan kuman atau jalan sudah terbuka. Pemeriksaan seterusnya harus dijalankan.

Doktor keluarkan surat untuk direfer ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Saya diberi cuti sakit satu hari. Saya telefon en.suami dan beritahunya saya perlu ke HSI. Saya ke klinik sendiri, memandu sendiri dan ikutkan hati mahu saja ke HSI sendiri. Tapi, en.suami minta tunggu dia balik waktu rehat nanti. Kami yang tidak tahu apa-apa pergilah untuk mendapatkan rawatan seperti yang tertulis di surat tersebut.

Kerana surat itu dikeluarkan oleh doktor dan klinik swasta, maka kami dicas dengan bayaran seolah-olah SWASTA di HSI. Procedure baru katanya. Nurse dikaunter kata, sepatutnya saya ke KK Masai (tempat saya buat monthly checkup).

Weh...bila masa procedure diubah?? Apa yang saya fikirkan mestilah mahu cepat dan bila ke hospital walaupun surat itu dikeluarkan di klinik swasta, perlukah cas pesakit dengan harga swasta juga? Baik saya terus dapatkan rawatan di swasta.

Bil yang saya tanggung akibat tunjuk surat dari klinik swasta;

Bil di Klinik Dr. Hani 
= RM55 sahaja untuk full scan.

Bil di HSI 
= Pendaftaran RM30
= Scan kandungan RM80
= check pendarahan RM50
---------------------------
Jumlah = RM160


Jumlah keseluruhan = RM215
(macam takde beza jika saya terus mendapatkan rawatan di swasta)

Jika begini, lebih baik saya teruskan rawatan di klinik Dr. Hani. Terus terang saya katakan saya terkejut dengan bil tersebut. Ingatkan bayar pendaftaran saja. Sebab pengalaman kawan-kawan saya sebelum ini, mereka ke klinik swasta juga, dan bawa surat doktor tapi hanya dicas RM1. TAPI, SEKARANG SUDAH PROCEDURE BARU.

Demi anak, saya redha. Lepas ni, jika ada masalah lagi, ke KK sajalah saya. Kompeni kami tak boleh claim jika rawatan untuk ibu mengandung. 





Nota Kaki : Dugaan..belajar dari pengalaman bersama..