Assalamualaikum

Ulang Tahun Aisyah Humaira Ke-3 | Sudah lama kami merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi untuk Aisyah. Tidaklah besar-besaran, cukup sekadarnya sebab Aisyah sudah pandai meminta kek harijadi dan belon.

Ulang tahun kelahiran Aisyah jatuh pada 2 Mei setiap tahun dan tidak pernah kami sambut pada 2 Mei. Kami akan sambut awal sehari iaitu pada 1 Mei sebab masa tu cuti!

1 Mei 2015 - Seawal 7 pagi kami sudah gerak pulang ke kampung. Kek sudah kami tempah di Dessert Queen awal-awal lagi dan menjadi rahsia buat Aisyah.

Sesi meniup belon dan menggunting huruf kami lakukan tanpa perancangan khas. Janji ada belon bagi memeriahkan suasana. Sekurang-kurangnya saya telah berjaya merealisasikan impian dan angan-angan Aisyah.


Sambutan kecil-kecilan di rumah atok dan nenek.


Kek mini chocolate indulgence bertemakan frozen
~ No. 3 tu saya ubah suai sebab saya tersebut 2 ketika menempah.


Sebuah basikal dari atok untuk Aisyah. Terima kasih atok!


Cik Umie menghadiahkan sehelai gaun yang cantik. Ibu dan ayah? Hahaha..tak sempat cari hadiah untuk Aisyah lagi. Mana tidaknya. Selepas kejadian yang menggembirakan ini, Aisyah demam dan diikuti pula saya.




Nota Kaki : Aisyah sudah sihat setelah 6 hari tidak sihat..alhamdulillah..