Kilang tempat kami mencari sesuap makan ni biasanya memang takkan cuti lama. Tidak kiralah musim perayaan apa sekalipun. Hatta CNY. Cuti sekadar public holiday yang tercatat di dalam kalender. Nak cuti lebih, sila apply ye. Tapi, mohon cuti pun agak-agak jugalah. Kalau raya puasa ke raya haji boleh la Melayu mohon cuti.

10 Februari 2016 - Jalan raya lengang selengangnya. Saya tahu ramai yang masih bercuti. Tambahan pula, sekolah pun masih bercuti. Kami, sebagai pekerja yang berdedikasi, tetap masuk kerja walaupun kaki terasa berat untuk melangkah.

Hui, big bos kami pun dah mula kerja oi.. Petang dalam jam 2, ada persembahan tarian singa. Lama jugalah dia berjoget. Kemudian, pusing production area dan masuk department lain juga. Nak dapatkan ong katanya.


Eksen kemain dia baling-baling limau.


Yang tengah tu big bos. Kiri kanan tu director dan ada juga kaki sibuk. Akekeke..
Sempat jugalah singa tu ukir buah limau bali siap susun limau mandarin menjadi nombor 1128.
Pebenda tu? Jangan tanya. Saya pun tak tahu.


Si penari singa berbaju merah jambu. Saya terselit di belakang sana bertudung peach. Nampak kurus pula. Hahaiii,, sila jangan jealous.


Seperti biasa bila CNY tiba, dapatlah angpow dari bos. Macam biasa jugalah, RM8. Kalau RM88 tu best juga. Memang dah nombor 'ong' dia nombor 8.

RM8, dulu kini selamanya..