Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Teh Tarik


Keputusan sample darah yang dihantar ke HSA masa bulan puasa tempoh hari belum dapat. Nurse cakap, keputusan memang lambat. Tak kisahlah, yang saya kisah cuma bayi dalam kandungan saya.

Soal pemakanan ketika mengandung, saya masih berusaha sebaik mungkin untuk tidak kerap menyentuh makanan manis-manis. Bukan apa, musim raya nih. Kuih manis, air manis. Belum bab open house, segala macam yang terhidang mahu dijamah. Rugi kot tak makan. Free!!! Penat tuan rumah hidangkan makanan, takkan sebagai tetamu kita pandang je kan. Hikhik..

Bila tekak teringinkan sesuatu, laju je pergi cari. Tapi, sebolehnya menahan diri sebaik mungkin. Sebab tu saya lebih suka drive sendiri senang nak ke mana-mana. Kalau en.suami yang hantar dan jemput ke tempat kerja, payah sikit saya nak bergerak. Jenis pula suka bergerak sendiri, memang camni lah.


Ini gambar selpie semalam ~ Last minum teh tarik


Saya memang suka teh tarik. Lagi yang pekat. Dari segi warna je sudah tahu, kaw ke tidak. Kalau dah jumpa yang sedap ditekak, pasti saya akan ulang kali beli sampai jemu. Masuk semalam, sudah 3 kali saya tapau teh di kedai makan ni.

Saya tahu minuman sebegini tidak elok untuk ibu mengandung. Sebab tu saya tidak minum depan orang-orang yang suka bagi nasihat free ni. Sesekali minum, ok la kan. Lepas ni tak minum dah. Minum air masak je banyak-banyak sebab hari ahad ni perlu ke KK, menjalani proses BSP buat kali ke-2.




Nota Kaki : Jangan tiru saya..








Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Sally pun suka teh dgn kopi...kalau pregnant tak tau camne gaya nak tinggalkan nnt..hihi...

    semoga bayi sihat! :)

    BalasPadam
  2. Entah mcm mna plak klau Lya ptegnant.. Entah apala peelnya hihi

    BalasPadam
  3. sedapnya Mar menghirup teh tarik pepagi ni, apapun kak ana doakan semoga Mar dipermudahkanNya sepanjang kehamilan, amin.

    BalasPadam
  4. sy tak leh minum teh tarik...sakit pala tatau nape ... hahaha

    BalasPadam
  5. tak salah menikmati..cuma berpada2..takkanlah nak buang semua nikmat rasa kan..yg penting happy!

    BalasPadam
  6. el dulu bila nak dekat hari nak pi checkup..jaga pemakanan..pas2 bantai lah makan minum ape pun hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code