Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Catuan Air Sekitar Masai Dan Pasir Gudang



Keratan akhbar sinar harian bertarikh 4 Ogos 2015


Maka bermulalah catuan air oleh SAJ di kawasan kami. Air di empangan sungai layang, masai sudah ditahap kritikal. Walaupun hujan turun tapi sekejap-sekejap, tidak dapat menampung penduduk yang ramai.

Bermula 16 Ogos 2015 dan in sha Allah berakhir pada 15 September 2015. Sebulan lamanya. 2 hari tidak ada air dan sehari ada air. Begitulah selama sebulan.


Klik untuk lebih jelas

Klik untuk lebih jelas


Kawasan rumah kami di zon 10. Memang sudah buat persediaan awal. Beli tong biru besar dua biji. Masa kami beli baru RM35, sekarang sudah naik harga. RM51! Memang ambil kesempatan mereka ni.


Tong besar


Ini pun pengasuh saya yang tolong booking kan. Tengoklah dia, macamana saya tak anggap macam keluarga sendiri. Keluarga dia cukup baik dengan kami. Kami ni sudah lah keluarga jauh (jauh lah sangat). Bersyukur sangat ada pengasuh macamni. Hingga mak abah saya tidak risau anak mereka di perantauan. Sekurang-kurangnya kami ada tempat untuk menumpang kasih.

Walaupun mereka suami isteri berasal dari negara seberang. Tapi, saya mahu tekankan di sini tidak semua orang dari sana buruk laku. Orang sini pun ramai je yang perangai tak elok.

Sebab tu saya buat tak dengar je bila ada orang pertikaikan yang saya hantar anak dengan orang seberang. Kenapa tak hantar kat situ, sinun. Saya buat pekak sahaja dan malas menyahut. Biarlah kami suami isteri tahu betapa baiknya mereka dengan kami.

Dah melalut pulak..


Nota Kaki : Semoga tabah menghadapi dugaan takde air selama sebulan..






Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Inyallah harap-harap masalah ini dapat ditasi segera. Banyak doa akak.

    BalasPadam
  2. la...takde letrik ok
    takde air, azab sungguh rasanya
    lama tu, sebulan

    BalasPadam
  3. Harap hujan turun dengan lebatnya tiap-tiap petang. Insyallah nanti ok semuanya. Banyakkan berdoa akak.

    BalasPadam
  4. Bila jadi macam ni memang kena sabar sikit. Kena belajar jimatkan air.

    BalasPadam
  5. Memg payah bila bekalan air x da,

    BalasPadam
  6. kena simpan air mar,semoga dipermudahkan buat semua yang mengaalami gangguan bekalan.amin.

    BalasPadam
  7. ooo x tau pun sn tgh buat catuan..sbb sini kerap jugak hujan
    hope dpt dipermudahkan

    BalasPadam
  8. taik lahh....bulan 8 sampai bulan 12 nk catu air....jadah ape...musim hujan dh skrg...tak payah nk menipu....empangan kering lah..apelah...tmlat lain smpai banjir2.....ni ckp takde air..agak2 la nk menipu....bkn bckp dgn bdk tadika...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu,,..khabar angin lepas CNY nak catu semula..erkkk

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code