Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Set Bersalin Jamu Jelita Menjadi Pilihan

Assalamualaikum

Set Bersalin Jamu Jelita Menjadi Pilihan| Memang menjadi satu kemestian kan bagi bakal ibu yang akan bersalin dan menghadapi tempoh berpantang selama 44 hari untuk mendapatkan produk yang terbaik. Bukan hanya terbaik tapi harga pula mampu milik. Saya memang tidak mensasarkan set bersalin yang mahal. Kalau harga melebihi RM200, pada saya mahallah.

Sebelum beli, saya ada search di google. Rata-rata harga memang boleh juling biji mata. Anak pertama dulu saya menggunakan produk Leesa Formula. Tapi, produknya tidak ada untuk herba mandian. Harga pun boleh tahan. Rasa tak berbaloi.

Berkenan dengan Set Bersalin Orang Kampung sebab harga mampu milik. Tapi, tidak banyak jualan yang ada. Kalau ada pun, tarikh luput pada November 2015. Tak mahu.

Akhirnya, saya memilih Set Bersalin Jamu Jelita. Ada 8 item di dalamnya. Kesemuanya ada kegunaan tersendiri dan memang berguna ketika berpantang nanti. Jamu perlu beli secara berasingan. Itu akan saya beli jika perlu. Bukan sekarang.


Set Bersalin Jamu Jelita


Produk ini agak baru di pasaran. Tapi, pada saya, agak berbaloi beli sebab item di dalamnya mencakupi keperluan ketika berpantang.


Beli sekali bengkung untuk tambahan bengkung sedia ada.


Harga yang diberikan hanya RM180, termasuk set bersalin dan bengkung. Tak boleh komen lebih-lebih sebab belum menggunakannya lagi. Nanti sesudah berpantang, baru saya review ye.




Nota Kaki : Asalkan disponsor..







Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. dah beranak 4 ni el dah malas nak beli set berpantang
    sbb bukan abis pun..lagi2 anak dpt jaundis mmg letak tepi je lah
    bila letak tepi..mula lah liat nak guna..so
    yg baru2 ni anak no. 4..el makan shaklee je..then pas abis jaundis baru
    makan jamu..so xde membazir sgt..
    set yg mar beli ni mcm interesting je

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, jamu saya tak amik sebab khuatir baby macam tu kan..
      pilis param berbengkung dan mandian je yang penting bagi saya

      Padam
  2. oo saya anak pertama n kedua ambik jamu mak dara..bakal anak ke 3 ni ingat nk beli set anugerah jer..hihiii

    BalasPadam
  3. Bagus dah sedia - senang tiba masa semua dah ready.

    Bengkung tu lebih kurang bengkung produk amway Mar. Dulu kakak guna bengkung lilit panjang berjela-jela. Tapi bila dah lepas pantang baru kakak guna pakai bengkung amway yg macam Mar beli tu. Selesa. Pakai pergi kerja pun boleh. Tapi kena pakai baju kurung atau jubahlah bagi tak nampak..

    BalasPadam
  4. UBAT2 DALAMAN REMPAH RATUS NI KDG MEMBAZIR SAJA DIBELI BIMBANG BILA DIMAKAN BABY CIRIT PULA SBB BADAN YG PANAS DEK UBAT...SIAN BABY NK MENYUSU.BADAN..

    BalasPadam
  5. Nnt Lps da guna blh buat riview kot2 memg brkenan nnt da tiba turn Lya blh la try

    BalasPadam
  6. Bagus dah bersiap sedia. Tunggu masa dah macam ni. :-)

    BalasPadam
  7. Alhmdulillah. Persiapan untuk berpantang dah ada.

    BalasPadam
  8. Nanti bg review ye Mar..mana tau esok lusa berguna..hihih

    BalasPadam
  9. wow terkenang time nak bersalin.
    beli ni semua :)
    good luck ye mar utk berpantang :)

    BalasPadam
  10. Bestnya dapat sponsor...untunglah kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code