Assalamualaikum

Set Bersalin Jamu Jelita Menjadi Pilihan| Memang menjadi satu kemestian kan bagi bakal ibu yang akan bersalin dan menghadapi tempoh berpantang selama 44 hari untuk mendapatkan produk yang terbaik. Bukan hanya terbaik tapi harga pula mampu milik. Saya memang tidak mensasarkan set bersalin yang mahal. Kalau harga melebihi RM200, pada saya mahallah.

Sebelum beli, saya ada search di google. Rata-rata harga memang boleh juling biji mata. Anak pertama dulu saya menggunakan produk Leesa Formula. Tapi, produknya tidak ada untuk herba mandian. Harga pun boleh tahan. Rasa tak berbaloi.

Berkenan dengan Set Bersalin Orang Kampung sebab harga mampu milik. Tapi, tidak banyak jualan yang ada. Kalau ada pun, tarikh luput pada November 2015. Tak mahu.

Akhirnya, saya memilih Set Bersalin Jamu Jelita. Ada 8 item di dalamnya. Kesemuanya ada kegunaan tersendiri dan memang berguna ketika berpantang nanti. Jamu perlu beli secara berasingan. Itu akan saya beli jika perlu. Bukan sekarang.


Set Bersalin Jamu Jelita


Produk ini agak baru di pasaran. Tapi, pada saya, agak berbaloi beli sebab item di dalamnya mencakupi keperluan ketika berpantang.


Beli sekali bengkung untuk tambahan bengkung sedia ada.


Harga yang diberikan hanya RM180, termasuk set bersalin dan bengkung. Tak boleh komen lebih-lebih sebab belum menggunakannya lagi. Nanti sesudah berpantang, baru saya review ye.




Nota Kaki : Asalkan disponsor..