Di hari yang sama, selepas menjamu selera di Open House SBN, sharp jam 6 petang, bergegas pulang ke rumah. Malam itu, lorong kami mengadakan Marhaban dan jamuan raya sedikit. Tidak semua dapat hadir. Hanya disertai 6 keluarga. Tapi, hanya naik 4 buah rumah. Itupun sudah cukup meriah. Mana tidaknya, bukan mudah untuk bermuafakat seperti ini.

Bangun pagi sebelum subuh untuk merebus nasi impit segera. 4 bungkus juga saya rebus. Bukan apa, takut tak cukup.

Bila dah rebus, baru perasan nampak banyak. Erkkk..


Selepas Isyak, berkumpul di rumah pertama iaitu jiran hadapan rumah kami.

Dimulakan dengan rumah depan tu


Rumah ke-2 ~ Rumah kami. Jemput minum air ye, basahkan tekak.


Rumah ke-3 ~ Jiran sebelah rumah. Dapat air kotak sorang satu.


Rumah terakhir, corner lot.


Cik Aisyah kusyuk menonton kartun di rumah orang..


Banyak makanan yang terhidang. Oleh kerana saya sudah makan di kilang tadi, agak sedikit juga saya makan kali ini. Ada sate, nasi impit berlaukkan ayam masak merah dan sayur goreng, roti jala cicah kari ayam dan mihun goreng. Sedikit buah-buahan dan lengkong sebagai pencuci mulut.

Makanan yang berlebihan kami bungkus dan bahagi-bahagikan kepada keluarga yang hadir. Boleh buat lauk untuk keesokannya. Jimat.

Masa macam inilah kita dapat berkumpul bersama-sama. Berbual, berkenal-kenalan. Sudah nama hidup berjiran. Sedar tak sedar, jam sudah 11.30 malam. Maka, beransurlah kami. Kalau mahu menunggu abang-abang kita berborak, sampai esok pagi pun tak habis.