16 Ogos 2015 - Pemeriksaan berkala dengan jururawat. Sekejap je. Check air kencing, berat dan denyutan jantung bayi. Semua Ok. Saya pun sebenarnya tidak pasti kenapa saya perlu ke KK seminggu sekali untuk menjalani pemeriksaan. Penat tau. Sebab cuma check up biasa sahaja.

Berbual dengan seorang kakak yang baru melahirkan anak ke-4 beberapa hari yang lalu. Dia kata, dia cam saya semasa melakukan BSP pada minggu lalu. Ohhh...

Kes seperti kami, selepas bayi dilahirkan, ibu dan anak akan dipisahkan. Saya terkejut. Rasa mahu menangis. Dalam hati berbisik, mesti lama di hospital nanti. Tapi, saya tawakal dan berdoa sahajalah banyak-banyak. Ikutkan hati, tidak mahu berlama-lamaan di hospital. Tolonglah doktor....


17 Ogos 2015 - Temujanji dengan pakar pemakanan. Perlu hadir jam 12 tengahari. Temujanji ringkas selama 15 minit.Diajar cara berdiet untuk 'pesakit diabetes' seperti saya. Masalah saya bukan sahaja kencing manis, tapi juga HB rendah. Dari segi pemakanan, memang perlu berjaga-jaga dan perlu makan sayur hijau dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan nasi.

Lebih baik kalau saya ambil air lemon atau air limau tanpa gula di pagi hari selepas mengambil ubat agar ubat dapat menyerap dengan lebih cepat. Makan buah hanya sepotong sehari kerana dalam buah juga ada gula. Seelokkanya ambil buah jambu batu kerana buah jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi ~ Masa mengandungkan Aisyah saya suka makan jambu batu. Sekarang ni pun suka tapi agak sukar untuk mendapatkannya.

Hindarkan minuman manis berbentuk kordial, susu manis, air teh, milo, minuman berkoko kerana ia mengandungi kafein. Boleh mengganggu penyerapan pil yang saya ambil. Jarakkan pengambilan susu dengan makanan berprotien dan berkhasiat lain sekurang-kurangnya 2 jam. Sekali bancuh susu hanya 2 scoop, jangan lebih.

Untuk menaikkan HB, boleh makan kerang, sayur bayam, hati dan limpa. Saya suka makan sayur bayam. Masak air. Kerang pun saya suka tapi macam tidak musim pula.

Bak kata pakar tadi, faktor usia..