Assalamualaikum

Khasiat Pokok Geruda | Bib..bib..pesanan whatAp masuk. Sedang saya mengerah tenaga di dapur memasak untuk juadah makan malam. Salah satu menunya adalah lala masak sambal kegemaran kami.

Jiran : As salam kak. Nak tanya ni. Akak ada tanam pokok geruda ye? Macam ada baunya.

Ibu : Pokok geruda? Pokok apa tu? Akak mana ada tanam pokok apa-apa. Tanam rumput ada lah. Mwehehehe ~ sila jangan gelak.


Apa itu Pokok Geruda?

Pokok geruda adalah pokok yang renek daripada keluarga Rutaceae dengan batang yang keras dan cabang yang banyak. Daunnya kecil, bujur tirus di bahagian tangkai tersusun bendatar pada tangkai daun dengan bilangan yang tidak sekata. Pokok ini mudah dikenali kerana daunnya mengeluarkan daun yang busuk. Untuk lebih info boleh klik SINI

Eh ke rumah aku yang busuk? Hahaha.. saya suspek bau kulit lala la kot.

Jiran : Orang-orang tua cakap daun geruda bagus tanam kat rumah. Setan tak suka bau dia.

Terlopong dengar. Bagus betul pokok geruda ni rupanya. Apa lagi, terus lah tanya en.gugel. Banyak betul khasiat pokok geruda ni dan ia boleh dibuat ubat.


Apakah khasiat pokok geruda?

#1
Ada yang tanam untuk menghalau kucing jalanan yang mana gemar merosakkan pokok. Bila kucing tersium bau pokok geruda ni, kucing tu akan beredar.

#2
Orang cina buat sup, salad, buat ramuan panggang ikan, buat teh dan macam-macam lagi. Hingga saya mula berfikir, kejiranan kami ni ramai juga bangsa cina, jadi tak mustahillah andai ada yang menanamnya.

#3
Kalau nak tahu, air rebusan daun geruda boleh diminum untuk dijadikan ubat sakit perut.

#4
Daunnya dilumatkan bersama bawang dan halia dan kemudian disapu pada bahagian badan sebagai ubat demam.

#5
Ia juga boleh digunakan sebagai mengubat luka dan telinga bernanah.



Pinjam dari Google ~ Rupa pokok geruda yang diperkatakan.
Sumber SINI