Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nikmat Berkumpul Sekeluarga

Assalamualaikum


Bukan senang dapat berkumpul sekeluarga. Lebih-lebih lagi masing-masing sudah berjauhan dan sudah berkeluarga.

Anak pertama di Rawang. Anak kedua di JB. Anak ketiga di Jerantut dan anak keempat di JB juga. Tinggal adik yang bongsu sahaja masih single available.
Sesekali berkumpul memang seronok. Makan beramai-ramai di beranda rumah emak sambil menikmati suasana kampung.

Lauk simple je. Ikan keli panggang, cicah air asam. Sambal udang. Ulam raja. Ayam masak kari baki sarapan roti lipat-lipat.



Otak-otak kempas. Saya beli dan bawa balik kampung. 200 pcs. Bakar, makan sepuasnya.


Cuti terasa sekejap je. Tambah pula, Alif demam tiba-tiba. Seronok sangat ramai melayannya hingga tak ingat nak tidur. Orang lain tidur, dia merayap sana sini. Sudah laju mengensot. Puas lah saya mengejarnya.

Belum pernah dia demam lama begini. Sampai 2 hari. Sebelum ni cuma dedar, itu pun ketika dia berusia 5 bulan.


Cuti tidak dapat berjalan, mengenangkan dia tidak sihat. Alhamdulillah, habis cuti saya, dia sihat. Lega hati, dapat masuk kerja dengan tenang meskipun mengantuk memang tak terkata.



Nota Hati : Teringin nak ke Korea, terpengaruh dengan drama Aku Bukan Bimbo


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. makan ramai2 tu yg sedap..
    sian aliff demam ye, mujur ibunya bercuti.

    BalasPadam
  2. Betullah Mar kalau kumpul adik-beradik gitulah
    Mak lagilah gembira anak-anak-cucu-cucu depan mata.
    Adik Alif demam nak lebih perhatian ibu tu sebab tahu ibu cuti kan..
    Ibu naik kerja aje dah sihat - anak baik ni.

    BalasPadam
  3. insyallahhh ada rezeki nanti boleh lah pi melancong ke korea
    hehehe

    BalasPadam
  4. Wah..Sedap tu ikan keli panggang cicah air asam...huhu

    BalasPadam
  5. memang best dapat berkumpul ni..nak2 dalam menyediakan juadah..paling best...hehehe

    BalasPadam
  6. memang seronok sangat kalau dapat berkumpul ramai-ramai.

    BalasPadam
  7. wahh..seronok tengok! lagi2 makan kat beranda..disapa angin kampung. Mmg nikmat!

    BalasPadam
  8. Makan beramai-ramai memang seronok. Suami saya sendiri suka sangat kalau kami sekeluarga besar pergi makan-makan sambil lepak-lepak.

    BalasPadam
  9. Betul bila adik beradik duduk berjauhan ni susah nk berkumpul..kira ok la jugak pahang n johor tak jauh sgt kan..sesekali berkumpul memang best..otak2 tu wallah sedapnya

    BalasPadam
  10. betul tu.. susah nak berkumpul ramai ramai. tunggu raya je.tu pon raya last year kakak sulung balik rumah mertua. dah la parents pon semua dah meninggal. raya pon kurang meriah je

    BalasPadam
  11. Sedap makan makanan kampung macam tu..

    BalasPadam
  12. dapat berkumpul reramai mmg satu nikmat yg tak terkata..
    alhamdulillah adik baby cepat sihat.. baru ibu semangat nk pergi work, kan !!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code