Assalamualaikum


Bukan senang dapat berkumpul sekeluarga. Lebih-lebih lagi masing-masing sudah berjauhan dan sudah berkeluarga.

Anak pertama di Rawang. Anak kedua di JB. Anak ketiga di Jerantut dan anak keempat di JB juga. Tinggal adik yang bongsu sahaja masih single available.
Sesekali berkumpul memang seronok. Makan beramai-ramai di beranda rumah emak sambil menikmati suasana kampung.

Lauk simple je. Ikan keli panggang, cicah air asam. Sambal udang. Ulam raja. Ayam masak kari baki sarapan roti lipat-lipat.



Otak-otak kempas. Saya beli dan bawa balik kampung. 200 pcs. Bakar, makan sepuasnya.


Cuti terasa sekejap je. Tambah pula, Alif demam tiba-tiba. Seronok sangat ramai melayannya hingga tak ingat nak tidur. Orang lain tidur, dia merayap sana sini. Sudah laju mengensot. Puas lah saya mengejarnya.

Belum pernah dia demam lama begini. Sampai 2 hari. Sebelum ni cuma dedar, itu pun ketika dia berusia 5 bulan.


Cuti tidak dapat berjalan, mengenangkan dia tidak sihat. Alhamdulillah, habis cuti saya, dia sihat. Lega hati, dapat masuk kerja dengan tenang meskipun mengantuk memang tak terkata.



Nota Hati : Teringin nak ke Korea, terpengaruh dengan drama Aku Bukan Bimbo