Aisyah semakin ligat. Merangkak ke sana sini, masih belum berjalan. Kerap memapah dari sofa ke meja kopi. Kemudian di dinding. Sengaja melepaskan tangan kemudian jatuh terduduk. Mengetuk pintu dengan tapak tangan kecilnya, juga kadang-kala menendang-nendang pintu dengan kaki comelnya.
Suka juga mennyelongkar segala barang yan telah ibu susun atur. Kain di dalam bakul juga dikeluarkan sehelai demi sehelai dengan gigih sekali.
Pantang terlihat buku atau kertas, laju sahaja tangan kecil Aisyah mencapai. Seolah-olah membaca sambil jari telunjuknya menunjuk gambar-gambar di kertas. Mulut menceceh entah apa bahasa. Kemudian, tangan itu akan mengoyakkan pula kertas itu dan selamat masuk ke mulut andai tidak diperhatikan.
Aisyah gemar membontoti ke mana saja ibu pergi. Merangkak laju-laju bila ibu kejar untuk mendapatkanya. Hingga kadang kala Aisyah tergelecek tetapi Aisyah tidak menangis, malah ketawa gembira. Ibu pula yang lebih-lebih risaunya.
Nampak sahaja tilam, Aisyah buru-buru merangkak kemudian bergolek gembira. Golek kiri, golek kanan, capai itu, capai ini, kadang kala melonjak-lonjak dengan lututnya kesukaan.
"Yeayyyyy"
Saban hari ibu pulang lewat. Menjemput Aisyah selepas waktu maghrib. Aisyah pula seronok di rumah pengasuh sehingga tidak mahu pulang dengan ibu.
Ohhh..anakku...
Namun, ibu lega kerana Aisyah selesa bersama pengasuh. Aisyah gembira bersama pengasuh, tidak menangis, malah tidak mahu pulang pula.
Hakikatnya, hati ibu tetap tersentuh. Anak ibu tidak mahu pulang!!! Huwaaaaa...
Hinggalah pada suatu hari, ibu nyatakan hasrat mahu berhenti kerja kepada ayah. Ibu mengadu pada ayah. Gara-gara kerja yang semakin banyak, menimbun tidak habis-habis. Malah terpaksa pulang lewat saban hari untuk menyiapkan kerja. Semua kerana terpaksa. Saban hari juga masuk kerja awal kerana mahu menyiapkan kerja. Bukan duit kerja lebih masa yang ibu kejarkan tetapi memikirkan tanggungjawab yang menimbun-nimbun.
Duit? Selagi ibu punya suami sebaik ayah, InsyaAllah mencukupi. Kalau ibu tidak bekerja, ayah masih mampu menanggung perbelanjaan kita anak beranak. Cuma ibu bukan jenis suka duduk diam. Malah, ibu tidak sanggup membebani ayah dengan hutang PTPTN ibu yang masih berbaki lagi.
Ayah pula menerima baik permintaan ibu mahu berhenti kerja. Bukankah bagus seorang ibu, juga seorang isteri duduk di rumah, menjaga anak, menyediakan makan pakai suami. Amat besar ganjarannya. Subhanallah...
Malah hati ibu berbunga-bunga, terbayang betapa seronoknya berada di rumah menjaga Aisyah. Aisyah akan lebih rapat dengan ibu apabila ibu menjadi seorang suri rumah nanti.
Tetapi, hati ibu masih berbelah bagi. Perlukah ibu berhenti kerja? Ibu kadang-kala tertekan dengan pekerjaan ibu ini. Tertekan dengan suasana tempat kerja, tertekan dengan ketidakadilan di tempat kerja, emmm tak perlu lah ibu luahkan. Bosan pun ada juga (bosan asyik banyak kerja je).
Ketika makan di Burger King Skudai
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..." Surah Al-Baqarah ayat 216.
Ibu berpegang pada Al-Quran, mukjizat Rasulullah SAW. Petikan ayat di atas ini sebagai penguat semangat ibu. Acapkali ibu berputus asa dan ayat inilah yang memberi semangat untuk ibu terus bangkit. Kepada siapa harus ibu sujud, hanya padaNya yang SATU. Kepada DIA ibu meminta dan kepada DIA juga ibu bersyukur di atas segala pemberianNya.
Nota Kaki : Kuakui diri ini sering alpa....
3 Ulasan
Solat istikhararah Mar .... Moga diberi petunjuk..
BalasPadamInsyaAllah..
Padamthanks..insyaAllah..Aisyah mmg cumel cam ibu dia..kih3
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.