Mengikut jadual yang diberi,
Ahad & Selasa - Baju uniform kemas (biru)
Isnin & Rabu - Baju sukan ( baju putih kolar putih dan seluar tracksuit biru tua)
Khamis - Baju batik (ditentukan oleh cikgu masing-masing).
Murid wajib memakai kasut putih dan berstokin. Wajib hadir setiap hari agar proses pembelajaran tidak terlepas. Sesi persekolahan dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Ibu bapa/ penjaga perlu menghantar anak masing-masing hingga ke muka pintu dan perlu menandatangani rekod masuk. Begitu juga ketika mengambil anak, ibu bapa/ penjaga perlu ambil anak di muka pintu kelas. Rekod keluar perlu ditandatangani sebelum mengambil anak.
Bayaran bulanan hanya RM25 sebulan. Perlu dijelaskan di awal bulan.
Hari pertama, Cik Aisyah menangis-nangis. Siap berteriak dan berlari, cakap tak nak sekolah. Nak dengan ibu. Hahahaha,, malu tak malulah muka ni. Tebal muka uiii..
2.1.2017 - Hari ke2, dia nampak lebih tenang. Diam je. Melihat kawan-kawan, dia pun cuba menyesuaikan diri. Tidak ada tanda-tanda nak nangis. Hati saya lega, terasa lapang. Dapat bekerja dengan senang hati walaupun sesekali teringat juga. Entah apa cerita dia di sekolah.
11.50 pagi - Lagi 10 minit kelas tamat, saya sudah sampai di perkarangan sekolah. Ada juga beberapa ibu murid lain yang sedang menanti untuk mengambil anak mereka. Saya jenguj-jenguk juga ke dalam kelas, melihat murid di dalam. Sudah siap duduk dan beratur.
"Itu ibu saya..." Jelas suara Aisyah.
Itu tanda dia OK! Lega hati dia. Seronok dia di sekolah. Tudung putih dan baju dah comot. Alahai...
"Ibu, tadi cikgu marah saya"
"Kenapa?"
"Saya tumpahkan air"
Saya senyum jela. Nak gelak.
Belanja sikit gambar anak dara dah masuk tadika.
Murid tidak ramai di tadika ini. Hanya 20 orang murid diambil untuk tahun 2017. Tapi, macam tak sampai jumlah tu je. Tak pe Aisyah. Yang penting, Aisyah nak ke sekolah. Belajar, bermain dan berseronok.
10 Ulasan
selamat bersekolah aisyah.... semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang.... :)
BalasPadamHihihi..
BalasPadamDah sekolah anak Mar..
Bagus tak nangis lama2..
Elok bila dah serasi dgn kwn2 ye Mar..
Selamat bersekolah Aisyah :)
Alhamdulillah..insyaAllah Aisyah ramai kawan nanti...hari pertama lazimnya begitu..
BalasPadamMudah2an Aisyah suka sekolah.
BalasPadamTahun depan boleh mohon prasekolah KPM pula.
Selamat bersekolah ank comel... 😊
BalasPadamassalamualaikum mar...sekejap jer dah besarkan..dah sekolah pun...semoga terus berjaya...;)
BalasPadamsekolah dah dia..
BalasPadamComelnya anak2 syurga nii..selamat bersekolah Cik Aisyah... Zaryth achik Sha pon bru sekolh ari nii..dh cucuk mata org...ahhah..nsb baik xde pape..
BalasPadamselamat belajar aisyah.. :)
BalasPadamgood luck ye aisyah.
BalasPadammoga jadi pandai dan solehah :)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.