Rempah ayam madu keluaran Ammar Global Food Industries ni dijamin sedap, bermutu tinggi dan yang pasti halal.
Di sini saya kongsikan tips untuk memasak ayam atau daging yang telah diperap.
Paling sedap
DI BAKAR
- Sediakn bara api untuk membakar. Pastikan bara dah cukup panas.
- Letakkn ayam atau daging yang telah siap diperap di atas bara api.
- Apabila ayam atau daging nampak agak kering, terbalikkannya.
- Ambil semula air perapan lebihan dalam bekas perapan tadi ( tidak perlu tambah air lagi), sapukan air perap tadi pada ayam atau daging yang telah dibakar tadi.
- Ulang langkah 3,4 dan 5 untuk bahagian sebelah lagi ayam atau daging tersebut.
- Pastikn ayam atau daging nampak berkilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali sehingga ayam atau daging masak.
-DI GRILL
(MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB)
- Panaskn pemanggang ajaib. Pastikan sudah cukup panas
- Susun ayam atau daging yang telah diperap tadi di dalam pemanggang ajaib..
- Biarkan di dalam pemanggang ajaib selama 5-10 minit. (Bergantung pada ketebalan ayam atau daging).
- Terbalikkan ayam atau daging di dalam pmanggang ajaib untuk memasak bahagian sebelahnya. Pastikan ayam atau daging sudah agak kering sebelum menukar posisinya.
- Ambil air perapan ayam atau daging tersebut dan sapukan pada bahagian yang telah dimasak tadi.
- Ulang langkah 5 untuk bahagian sebelahnya.
- Pastikn ayam atau daging nampak kilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali, sehingga masak.
-DI GORENG
- Sediakan kuali dan minyak.
- Panaskan minyak yang sudah ada dalam kuali.
- Pastikan api masak kecil sahaja.
- Hanya menggunakan minyak yang sedikit.
- Masukkn ayam atau daging yang telah diperap ke dalam kuali.
- Sentiasa memerhati ayam atau daging yang digoreng supaya tidak hangus atau hitam.
========================
Oleh kerana stok ayam dah habis, saya bakar ikan jelah. Ikan bawal emas ni nak masak sweet sour pun bahan tak cukup, makanya, kita bakar jelah dengan rempah sedap ni. Rugi tak cuba.
1- Curah 3 sudu rempah dan terus ratakan pada ikan. Termasuk dalam-dalamnya. Mula-mula pakai sudu, kemudian terasa nak pakai tangan pula. Eh..eh.. Kemudian, tutup dan simpan dalam chiller barang sejam dua. Saya perap sejam je sebab perut pun dah kebulur.
2- Bahana menggunakan tangan. Macam pakai inai dah warna merahnya. Tapi jangan risau, ia tak melekat di tangan seperti kunyit. Bila basuh, warna merah hilang.
3- Yang best, ada ziplock. Memudahkan penyimpanan.
2- Terus curah rempah kering tadi dan gaulkan hingga nampak berkilat. Kemudian, tutup dan simpan di bahagian chiller.
Ini pula daging ayam bahagian dada. Pendek kata yang bahagian daging lah.
1- Potong daging ayam agak nipis sedikit. Ikut citarasa masing-masing. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian, curahkan rempah kering tadi dan gaul.
2- Ratakan rempah tadi hingga nampak berkilat. Rempah ini tidak perlu ditambah air. Tutup dan simpan di bahagian chiller.
3- Ini saya bakar di pagi hari.
Bagi yang berminat nak rasa, boleh whataps Wan - 017-653 6532 (Johor area)
13 Ulasan
wah..macam sedap je ni mar...nak jugak cuba..
BalasPadamsekarang dah macam-macam rempah siap camni kan
BalasPadamnampak cam menyelerakan
awat tak tunjukkan gambar dah siap masak
bagi lagi meleleh ayer liur pepagi ni...haha
sedapnya ayam madu.. hehe
BalasPadamsaya datang singgah sini kak :)
wah btmbh mudah kpd pguna, jimat masa nak sdia bahan perap bagai kan =D
BalasPadamnom nom...nampak sedapp aihh
BalasPadamMenarik jugalah Mar
BalasPadamUtk JB aje ye ok juga tu:)
Dapnya ayam madu, feveret ni
BalasPadammacam sedap jek...
BalasPadamSedapnya, Mar! Tak tahanlah nak baca sampai habis. Rasa macam nak skip aje. Berkeroncong perut tau tengok Mar guna rempah ayam madu atas segala jenis makanan!
BalasPadamKL takda ke? :(
perghh tergugat iman :')
BalasPadamwww.neezalife.com
menarik nyer, mar.
BalasPadamjauh la plak nak membeli.
Alamakkkk sedapnyeee.... cam nak beli jerk..
BalasPadamsenang sekarang semua dah siap, tinggal mix dan bakar je kan.
BalasPadam.
mak suka packaging dia, ziplock. senang tak masuk angin
#TheRealBloggerMak
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.