Terbaca entri Yumida mengenai udang. Sori ye baru sempat BW. Terus teringatkan abah. Abah sangat gemar memancing. Pantang ada tempat yang best, mesti dia akan turun memancing. Ditambah pula kalau sekali dia pergi, hasil tangkapan sangat meriah, dia akan pergi lagi.
Tapi, ibu sangat respek pada abah. Walaupun hobi abah memancing sampai kadang-kadang hari-hari dia pergi memancing, abah tidak lupa solat 5 waktu. Solat atas bot pun boleh. Yang penting katanya, solat jangan lupa bila sampai waktu dan tidak tamak apabila hasil tangkapan meriah.
Ayah ibu sudah 60 tahun pada 04.02.2014. Hobi memancingnya akan hadir bila dia bosan tiada kerja. Abah seorang peneroka dan kebetulan pula pokok kelapa sawit sudah ditebang, sudah sampai masa dan akan ditanam semula. Kerja sampingan abah adalah memasang paip. Banyak masa diluangkan untuk beribadah.
Jika musim udang galah, abah rajin mengumpul udang galah banyak-banyak untuk anak menantunya. Ibu dan ayah sangat suka sambal tumis udang galah yang emak masak. Makan hingga berekor-ekor. Sedap sangat.
Dan tiap kali makan sambal tumis udang galah air tangan emak, mesti ayah akan cakap.."ayang masak la macam ni.."
Korek-korek resepi dari emak sendiri. Lain kali boleh masak. Rupa-rupanya ada bahan yang tidak pernah ibu terfikir untuk masukkan setiap kali masak sambal tumis udang. Kerana bahan itu juga, ayah makan hingga menjilat jari dan selalu pesan pada ibu, "sambal tumis macam mak ayang masak ea..". Bukan pak aji lebih yek..
Terus terang ibu katakan, ibu tidak tahu pula sambal tumis udang yang ibu selalu masak tidak sama dengan sambal tumis udang yang emak ibu masak. Taunya, masak, sedap jek..kih kih..
Main sorang-sorang & inilah hasilnya..
Nota Kaki : Sedapnye sambal tumis udang..
4 Ulasan
air tangan ibu mmg tiada tandingannya..walaupon sama resepi, ikut stap by stap..kelainan tetap ada kan mar ? :)
BalasPadamermm tulah penangan air tangan seorang ibu...
terliur dgr nama sambal tumis udang taw sis :D
BalasPadamwalopon gambo takde..tetap boleh kecur air liur bla terbayang sambal tumis udang..sedapnya..:)
BalasPadamNampak sedap
BalasPadamterima kasih atas recipenya :)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.