(Sila Klik untuk baca)
Entri berulang yang ibu sajikan ini adalah kerana kejadian pagi tadi di hadapan ibu ketika melangkah masuk kawasan kilang.
Ibu berishtigfar banyak kali agar dijauhkan dengan perangai buruk dan dijauhkan dari fitnah. Allahuakbar, perkara yang ibu takuti sebagai seorang isteri dan ibu adalah 'skandal di tempat kerja'.
Tidak perlu untuk menonjolkan diri dengan perkara sebegitu kerana ianya salah dan berdosa. Niat ibu bekerja adalah untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati, semoga ibu sentiasa terpelihara dari segala fitnah.
Tepuk dada tanya iman..
Pokok tidak akan bergoyang dengan sendirinya..
(angin yang goncang atau monyet..kih2)
Kredit to Google
Jika ada yang menegur, anggaplah ianya satu nasihat, tanda memberi peringatan sesama muslimah, tanda dia sayangkan kita dan berterima kasihlah dengan setiap teguran kerana teguran itu boleh mengubah sesuatu kejadian dengan izinNya.
Bukannya dimaki orang yang menegur, menjeling dan mengomel sendiri dan kemudian berkata.."macam bagus sangat..", "macam la dia tu baik sangat. ntah-ntah lagi teruk dari aku..".
Ingatlah kita hidup bermasyarakat. Dan ingatlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!!!!!
8 Ulasan
btl tu sis sedikit habis semua
BalasPadamSebenarnya menasihati saudara sesama Islam adalah tanggungjawab semua. Kalau tak ada yg berani menegur semua tanggunglah dosa. Tak apalah kena marah tapi sekurang-kurangnya yg berani menegur dah laksanakan tanggungjawab dan lepaslah dosa teman lain yg tak berani menegur. Yg dinasihati kalau degil tanggunglah dosa sendiri. Sedih kalau macam tu:(
BalasPadammenasihati dgn cara yg betul..tp kdg2 ada gak yg xsuka dinasihati..tau nk melenting je terus..huhu..
BalasPadamxph jugak nape perlu ujud nye skandal..ya allah yg masih bujang pon sibuk carik laki/bini org..sedangkn da berkawin..kenapa er?masih xmencukupi kee.minx dijauhkan la kan ibu ;)
BalasPadammanusia mcm nie mmg tak fikir hukum agama.. ke tiada agama dorang tu.. ??
BalasPadamjika niat baik
BalasPadaminsha Allah akan terpelihara
moga dia mendapat hidayah dan pentunjuk dri allah swt.
BalasPadamBahaya ye Mar skandal di tempat kerja ni kan... lebih-lebih lagi melibatkan yg dah berumah tangga.. boleh mengganggu kesejahteraan rumah tangga org lain... Selemah-lemah iman menegur didalam hati ... kerana nak menjaga ukhuwah.. tapi kesian lah jika tidak boleh ditegurkan :(
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.