Sudah menjadi lumrah, yang berdosa itu lah yang dikejar-kejar. Yang halal pula seakan diketepikan. Permainan syaitan yang kita tidak perasankan. Walhal kita sudah diwar-warkan akan wujudnya iblis & syaitan, penggoncang iman para anak Adam.
Semalam cerita itu berbangkit. Dia yang merupakan 'pelakon' utama dalam kisah ini seolah-olah mendabik dada bercerita pada semua betapa dia itu 'laku' walaupun sudah bergelar seorang isteri.
Dikhabarkan juga perihal sang suami yang agak mengongkong kehidupannya. Beli itu tidak boleh. Memakai itu tidak kena. Oh, kasihan nya si suami.
Sudah nama pelakon hebat kononnya. Berlagak berani di belakang suami dengan mengenakan seluar ketat paras betis. Menampakkan betisnya yang putih gebu untuk ditonton ramai. Dia bangga. Dia puas.
Sekali lagi berlagak berani ketika menghadiri satu jamuan dengan menanggalkan tudung. Hatta memakai busana tanpa lengan dan menampakkan betisnya separas peha. Untuk apakah itu? Hanya sekadar menongkah keangkuhan.
Kerana keinginan melampau, dia lupa siapakah dia sebenarnya. Dimanakah hilang iman yang setipis kulit bawang itu. Beristighfarlah wahai sahabat. Usah dikejar keseronokan duniawi.
Bila muncul insan berhati mulia yang sudi memberi nasihat secara percuma, dia pula melenting & dengan angkuhnya berkata..
Siapakah kau untuk berkata-kata?
Setinggi manakah kau belajar hingga berani menasihati aku?
Sudahkah kau cermin diri sendiri?
Astaghfirullah..
Nota kaki : Bersyukurlah masih ada insan sudi menegur. Itu tanda masih ada lagi insan yang prihatin pada kita.
Wallahuaklam..
1 Ulasan
moga si wanita itu mendapat hidayah dari allah swt, amin
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.