Assalamualaikum

Secara asasnya, bukan mudah untuk menyediakan Nasi Arab. Bahan-bahannya agak renyah, sebab tu makan di kedai agak mahal meskipun hanya di kedai makan biasa. Tetapi, dek kerana rasanya yang sedap, mahal macamana pun tetap orang beli.

Di sini, seorang rakan ada menjual Nasi Arab yang sudah lengkap berempah. Cuma perlu tumis bahan yang disediakan (dalam peket) dan tanak seperti tanak nasi biasa. Memang mudah! Yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Dalam peket turut disediakan bahan perapan untuk ayam atau daging.


Satu pek beras untuk 4 hingga 5 orang makan. Penyediaan memasak sangat mudah untuk difahami dan dilabelkan di setiap pek.

                    

 Cara Memasak Nasi Arab Mandy 
1- Buka peket beras dan ada 4 peket kecil di dalamnya yang sudah bertanda. Arahan untuk memasak seperti yang telah dilabelkan di pek (seperti gambar di bawah).
                  Nombor 1 - Rempah tumis.
                  Nombor 2 - Rempah nasi.
                  Nombor 3 - Zafron.
                  Nombor 4 - Rempah perapan ayam/ daging.



2- Basuh beras tetapi jangan diramas-ramas. Kemudian toskan. Potong dadu/ hiris sebiji bawang besar. 


3- Perap ayam dengan rempah perapan ayam (Nombor 4) dan simpan dalam peti ais dahulu.  


4- Tumis bahan tumis (Nombor 1) dengan minyak (anggaran biasa memasak - 3/ atau 4 sudu besar) bersama bawang besar yang telah dihiris tadi.

5- Setelah naik bau, masukkan air mengikut sukatan beras. Kemudian, masukkan rempah nasi (Nombor 2). Biarkan nasi kering.

Cara saya ~ Sukat beras siap-siap macam biasa, terus on rice cooker. Kemudian, tumis bahan tumis di kuali, naik bau curah sahaja dalam periuk nasi. Masukkan juga rempah nasi, kacau rata dan biarkan masak.


6- Apabila nasi sudah kering, taburkan zafron (Nombor 3) dan kacau nasi agar warna menjadi sekata. Nasi akan kelihatan lebih cantik.


7- Untukk ayam yang sudah diperap tadi, bolehlah bakar seperti biasa mengikut kehendak masing-masing.
Saya bakar menggunakan pemanggang ajaib (pemanggang sahaja yang ada) ~ kuantiti untuk sekali makan ni.


8- Setelah nasi dan ayam masak, bolehlah dihidang bersama acar dan kuah pilihan hati. 
*cara penyediaan Nasi Arab Mandy oleh blogger Janji Kita.


Mudah kan? Saya telah mencubanya dan in sha Allah akan mencuba lagi. Puas hati. Nasi boleh dimakan oleh 5 atau 6 orang makan. Kalau lelaki, mungkin 5 orang makan je kot sebab kaum adam ni kuat makan, perlukan kalori yang berganda.

Mudah untuk menyediakan Nasi Arab Mandy ni, sehingga ramai yang repeat order dan buat stok di rumah. Manalah tahu ada tetamu mengejut datang rumah, on the spot boleh sediakan menu yang kebebom sedap.

Kecur?? Tak rugi beli. Memang berbaloi. Harga sepeket hanya RM20 tidak termasuk harga pos.Yang tinggal di Skudai, berdekatan dengan Taman Universiti, boleh COD.

Berminat nak order?
sms/ whatAps/ weChat
As - 0177383976
Facebook : Mams'z Kitchen 

Mams'z Kitchen turut menyediakan perkhidmatan catering. Bagi mereka yang sedang mencari catering untuk sambutan hari jadi, jamuan makan-makan atau apa jua jamuan, Mams'z Kitchen adalah pilihan anda. Cas penghantaran akan dikenakan bagi mereka yang berada di luar kawasan.



Nota Kaki : Jangan lupa add friend Mams'z Kitchen ye.