Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Aduh.. Salah Faham Ke?


Bila difikir-fikirkan balik..emm..memang tak paham kot. Salah faham sebenarnya. Siap nak saman-saman bagai. Blog Janji Kita ni blog saya, entah apa yang tak jelas, tak tahu lah.

Bila disalahertikan, beginilah jadinya. Kalau salah, katakan salah. Baru saya faham liku-liku seorang blogger. Baru melangkah satu tapak, itu pun secara kecil-kecilan, sudah terkena.

Sebenarnya, semuanya adalah salah sangka dan saya tekankan di sini, ini blog saya, makanya suka hati sayalah. Dan jelas untuk pengiklanan yang saya lakukan telah tertulis di blog saya juga. Semua orang boleh baca.

Mungkin setengah orang beranggapan berblog hanya perkara remeh. Mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Senang celah mana?? Berapa ramai blogger otai yang buat entry  review dan dibayar berganda-ganda? Bacalah blog mereka.

Tiada istilah tutup rezeki siapa-siapa di sini. Saya memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat review entri atau sewa tapak iklan di sini. Rezeki yang ditentukan adalah hak masing-masing.

Saya sudah buktikan yang saya tidak main-main. Kalau masih lagi beranggapan begitu, saya pun sudah meminta maaf dari satu pihak yang lain. Untuk dia, biarlah.

Terima kasih atas pengalaman berharga ini. Saya jadikan ia satu pengajaran. Belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman, belajar untuk bersabar, belajar untuk menangani mereka yang mungkin salah faham dengan penyampaian saya.








Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. lama dah tak ke sini, maaf =)

    emm macam ada yang tak kena dengan entry ni
    apapun jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengalaman berharga ye

    BalasPadam
  2. bersabarlah dengan apa yg berlaku..ujian sebagai blogger, mungkin ada yg salah faham tu..

    BalasPadam
  3. bersabar yer...kita tak boleh puaskan hati semua orang...kuatkan semangat...semoga menjadi blogger yang berjaya...anggaplah ianya asam garam dalam berblog...all the best to you...^_^

    BalasPadam
  4. nape mars... uhuhhu sabar la ye..

    BalasPadam
  5. Kenapa ni? Ermm banyak persepsi yg kurang elok skrng ni..

    BalasPadam
  6. saya masih tak faham cerita dari kes ni... apapun sabar kunci kejayaan

    BalasPadam
  7. Tulah kan semua..saya memang taknak cerita details..

    BalasPadam
  8. Sabarlah. mmg berblogging ni ada kala mcm2 cabaran.. tak boleh nak disamakan dgn media2 sosial yg lain.. org tu tak faham rasanya...

    BalasPadam
  9. ni blog mar, suka hati mar nak buat macamana kan.... haha, abaikan mereka, fokus satu je! dorang ni semua langau..

    Mama Niza

    BalasPadam
  10. Cabaran blogger, ngeri juga kalau terjadi perkara sebegini pada kita. Semoga dapat diselesaikan dengan baik.

    Ibu Hana

    BalasPadam
  11. @Mama Niza
    betul tu..saya berhak untuk promote apa juga iklan di blog saya & takde halangan bagi saya untuk mengiklankan produk-produk lain juga.

    BalasPadam
  12. sabar ye kak....mcm berminat nak tahu je apa kes....hehehe bz body sat

    BalasPadam
  13. Sabar ye Mar..Payah nak faham orang yg sentiasa dengki dgn rezeki yang Allah bagi pd kite sebab die x nampak rezeki yg Allah dah berikan pada dia...

    BalasPadam
  14. Kenapa ni? Sedih je bunyinya. Apapun, kena banyak2 bersabar ye.

    BalasPadam
  15. bersabarlah mar. mungkin ada hikmah di sebaliknya

    BalasPadam
  16. walaupon akak x mengalami situasi seperti mar tapi akak boleh paham...banyakkan sabar ya Mar..anggap tu hanya cuitan kecil je..:)

    BalasPadam
  17. ishh...mmg ada org mcm tu sbb JM pun pernah kena...'kes salah sangka' huhhu

    BalasPadam
  18. Knp sis, hrp msllh ni dpt di tangani

    BalasPadam
  19. dia tak bca habis kot pastu buat andaian sendri kan...

    BalasPadam
  20. mmm, masih x brapa jelas
    smga dpt tanganinya dgn baik
    in shaa Allah

    BalasPadam
  21. Oh, baru nak berjinak-jinak dengan benda baru dah berlaku salah faham. Ilmu baru dan berguna tu, Mar. Akan datang fahamlah kita bagaimana selok beloknya nanti.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code