Mentari sudah lama melabuhkan tirai tatkala saya melangkah keluar dari kilang. Jam 7 malam, hanya tinggal beberapa ketul kereta di ruang parkir.
Usai maghrib, segala macam saya lakukan dengan terburu-buru. Mengejar masa. Mahu ke pasar borong pandan pula, beli lauk basah la, penuhkan fridge. Lauk basah dah habis, kenalah beli secepat mungkin, ada pula seisi rumah makan megi hari-hari.
Aisyah sampai dah hafal jalan ke pasar borong pandan. Nak beli ikan, sotong, katanya.
Jam 10.30 malam, saya masih di dapur menyiang segala macam lauk yang dibeli. Mata dah kelat-kelat. Tapi, gagahkan juga. Mestilah wehhh!
Ikan cencaru, udang dan sotong = RM36, jadilah untuk seminggu punya stok, makan berempat. Sayur mayur dah simpan dalam esbok. Bawang merah, bawang putih haruslah dikupas siap-siap.
Baru teringat, lupa membeli lada kering..hahaduiii..
Bila sudah selesai semua, mata terasa segar pula. Mana tidaknya, wajiblah mandi setelah selesai kerja-kerja menyiang. Melekat bau hanyir ikan. Hahaha..ah sudah..pe'el lama datang balik. Jenuh nak menunggu mata katup ni.
Layan Oreo cheese beli di SR balik dari pasar borong tadi
Bidadari dan bidadara dah lama sampai ke alam mimpi. Sambil makan kek, draft entrilah! Emm..patut baca Al-Quran kan. Danggg...
Nota Kaki : Sangat heran dengan mereka yang suka mengumpul koleksi tudung tapi tak pakai. Simpan dalam gobok je wat jadah ek??
17 Ulasan
sedapnya kek
BalasPadamWah..Rajinnya malam2 pun g pasar...huhu...
BalasPadamwah murah nya kan...
BalasPadamsamalah saya pun lepas ke pasar
BalasPadamaktiviti membersih perlu dilakukan
nanti nak masak tinggal campak aje
stok makan berempat? bukan bertiga je ke?
Kek tu sgt menggoda! Ok, bye :P
BalasPadamhuihhh siap layan oreo SR ek...sedappp tu
BalasPadamsedapnye kek..sue hujung minggu restock brg dapo utk seminggu jugak.
BalasPadamSemenjak jdi suri ni, tiap2 ujung minggu wajib pi pasar bli brg basah
BalasPadamrajinnya..owke, sgt tempting keknya..
BalasPadamp/s: timm mmg xbyk koleksi tdung, n slalu pkai tdung yg sma..hihi..
Senangkan Mar bila dah bersih siap2 ikan tu.. nanti terus masak ajer :)
BalasPadammmg senang kalau da siap2 siang & basuh... jimat masa nak memasak... saya siap blender bawang besar&putih ;)
BalasPadamgagahnya jadi ibu & isteri ni kan.. takpe.. dapat reward kek lagi.. sedapnyaaa
BalasPadammama baru lepas makan kek secret recipe ni...
BalasPadamMama Niza
Wahh bestnya udang.. :)
BalasPadamjadi isteri gitulah...terpaksa rajinkan diri walau letih.Itulah janji kita.
BalasPadammlm2 ke pasar borong ekk? bagus sgt. aida biasa nyer ke kedai cina depan umah aje. mahal!!!
BalasPadamkalau la ada pasar borong berdekatan, pasti aida gini jugak...
oreo cis kek? sedap nyer ya Allah...
Mereka nak buka showroom untuk tudung nanti, Mar. Hehehe.
BalasPadamSaya pun kalau terlepas waktu tidur memang tak mengantuk. Patutnya ambillah Al-Quran mengaji ke apa. Ini tidak, sibuk membayangkan apa nak tulis dalam blog. Sungguh bahaya perangai macam ni.
Mar, honestly speaking saya tak pernah siang ikan. Semua dah siap bersiang. Saya tukang cuci bersih je.
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.