Boleh dikatakan, masakan ini merupakan masakan kegemaran en.suami. Bergantung kepada jenis ikan yang ada. Semalam, emak Aisyah memberi ikan mayong segar yang sudah siap bersiang dan berpotong. Banyak. Boleh makan ramai-ramai. Saya masak sebahagian sahaja untuk makan malam. Itu pun en.suami sakan meratah. Sedap katanya. Jarang dia memuji begitu.
Rezeki kami malam tadi. Paling suka, bila en.suami memuji dan makan dengan berselera. Dari segi warna, rasa, memang cukup semua.
Semua orang tahu masak asam pedas kan.
Lada kering yang sudah dikisar + bawang merah + bawang putih + sedikit kunyit + belacan
= Blend sampai hancur.
Tumis bahan kisar bersama serai yang diketuk. Masak hingga pecah minyak. Saya masak lama-lama.
Masukkan air dan air asam jawa.
Saya reneh lama-lama sikit hingga kuah pekat.
Masukkan ikan dan reneh lagi hingga menerbitkan minyak.
Masukkan bendi dan daun kesum.
21 Ulasan
nampak meyelerakan
BalasPadamel mmg sllu masak asam pedas mcm ni style menumis dulu..
BalasPadamlau ada kuah lebih el suka cicah ngan roti/roti canai/lempeng/cucur ikan bilis..sedap giler tell u haha
Asalam resipi bagus ni..done follow ya
BalasPadamsedapnya
BalasPadamfavourite husband saya jugak
BalasPadamsaya just masak untuk dia jer
@el
BalasPadamtau takpe..
paberet saya~!! tapi suami tak makan sangat ikan mayong..
BalasPadamSue masak x letak air asam jawa. Letak asam keping. Sue suka letak ikan pari atau ikan mabong..
BalasPadamsy tak pandai masak asam pedas .... nanti boleh try ni yang ni yang letak daun kesum tu kan ....
BalasPadamMar!! terliur kaksura tengok..makan nasi panas2..perghh..telan air liur ni..tengok kaler pon tau sedap!!nak sikitt...
BalasPadam@Sura Mohd
BalasPadamkalau rumah kita sebelah menyebelah..in sha Allah boleh saje
hmm..sedap2..
BalasPadamWalaupun saya orang nogori, tapi memang masak asam ni fevret saya.
BalasPadamTak kisahlah ikan ke daging atau ayam:)
1st time dengar ikan mayung. hehe ---kerusiburok---
BalasPadamAsam pedas lya x Penh lgi try msk..msti d cuba ni
BalasPadamMacam mak saya jugak.. suka ikan mayong ni dibuat asam pedas..
BalasPadamomg!!
BalasPadamsedap nyerrrr...
sedapmya asam pedas yg kuah likat pekat melekat.lps makan cium tangan.hahaaa.
BalasPadamterkedu x kata apa dah.. naknak bau daun kesum
hri ni menu sy ikan mayong juga
tapi saya bakar je. .
Masak asam pedas memang pandai, Mar cuma rasa tu sedap tak sedap je. Hahaha...
BalasPadamAsam pedas ikan mayong ni memang favorite dulu-dulu. Sekarang dah jarang nampak asam pedas kat rumah. Eh, pendekata semua menu masakan pun jarang nampak kat rumahlah senang cerita!
favorite sangat.. sukaa.. org Johor lah katakan..
BalasPadampandainya masak asam pedas..nampak sedap!aida sampai sekarang tak reti masak asam pedas sebab husband tak minat asam pedaas..lagi lah aida malas nak belajar..heheee
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.