Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sudah Dia Begitu


Dia memang suka maki-maki, style orang nogori, tapi kami dah betah. Buat dek je.

Mulut memang macam puaka tapi ada masa boleh borak macam member-member.

Dia suka lepas tangan, humban kerja pada anak buah. Dia tahu siap je. Ayat biasa dia, "itu pun ko tak tahu?". Kalau saya, memang saya jawab, "tak tahu bos, almaklum belajar tak tinggi". Saya memang suka buat lawak bodoh. Kadang-kadang tu tahu, tapi buat-buat tak tahu sebab once kita dah tahu, humban 100% kat kita.

Dakwat pen dia mahal kot, sebab tu kerja dia sign je. Bukan check pon. Kadang-kadang tu report dah sampi ke customer ada sedikit kesalahan, typo error. Salah kami lah, kenalah marah. Tadah telinga sampai merah-merah. Tapi, dia yang settle kan. Kira pandai cakaplah, mulut manis dengan customer.

Kerja bawah dia memang kena kuat hati dan fizikal. Siapa yang tak kenal, memang jadi huru hara. Sebab dia suka maki orang sesuka hati. Saya dulu, dah puas dah sampai dah biasa. Kadang-kadang tu menangis juga. Tapi tu dulu. Sekarang ni, saya pula yang marah dia balik. Berani lawan? Mwahahaha.. lawak je..

Bila dikenang semula, saya akui, pertama kali terjun ke OnG walaupun masih under manufacturing. Dari 0, sekarang ni sudah ada ilmu sikit-sikit. Dia memang ada pengalaman berpuluh tahun dalam OnG, maka tidak hairan lah dia mampu mengawal semua corak permainan kerja di sini. Pengalaman dia buat dia jadi 'mahal'. Kami pun tidak tahu, kenapa dia suka kerja di sini, padahal banyak je kompeni gah OnG pelawa dia kerja.

Nak cerita pasal stayback tu, memang sudah biasa. Pernah balik rumah kejap ambil anak, tinggalkan dengan suami dan masuk pejabat semula. Anak buah stayback tau, sampai bengkak-bengkak mata sebab nak siapkan report, esok pagi final inspection. Jadi dia, memang best, rileks je follow up anak buah dari kedai makan kat corner sana. Kadang-kadang follow up melalui walkie talkie. Tak jawab, walkie talkie, telefon, "ko pergi mana?". Saya selamba je jawab, "toilet, bos..".

Pernah juga saya kena siapkan report bila negara jiran seberang tambak tu minta perubahan, customer ubah info dan mereka baru dapat last minute. Weh..nangis wehh..jam 5.45pm dapat arahan, sedangkan waktu kerja kami tamat jam 6 petang. Tapi, saya merajuk, saya balik. Lantak lah kerja tu. Nak berhentikan saya pun, saya tak kisah. Tapi, takde pula minta saya resign. Bila saya submit resignation letter, minta hold, kasi up gaji sikit. Ok, stay. Eh..macam banyak pula cerita.

Kalau nak diceritakan lagi, memang tak habis sampai esok pagi. Itulah dia, bos kami. Ini bukan mengumpat, saja bercerita. Kadang-kadang sakit hati dengan dia. Alamak, kantoi pula. Siapa pun dia, dia tetap bos saya. Yang selalu cakap dia dah tua tapi perangai perasan muda. Huhuhu..ok dah habis.




Nota Kaki : Biasalah, submit appraisal time..hehehe..



Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. itulah kerenah majikan ye mar, sesuka hati dia je.. tahan je demi sesuap nasi.. takpe, sabar itu indah
    Mama Niza

    BalasPadam
  2. sentiasa doakan, inshallah semuanya baik baik aje

    BalasPadam
  3. Dia sebenarnya tahu ada 'value' pada staffnya. Tanpa kakitangan dia pun akan 'patah tangan' sebab itu bila submit resignation letter dia hold sanggup up gaji.

    BalasPadam
  4. Sue pernah kene stayback smp kul 2am...mcm2 lglah...sue faham perasaan mar..sabar ye..mudah2an ada rezeki mar di tmpt lain.

    BalasPadam
  5. banyakkan berdoa insyaallah

    BalasPadam
  6. untung jadi bos gitulah
    tapi bila jadi middle person pun susah sebenarnya
    orang bawah marah, orang atas pun marah, tersepit

    BalasPadam
  7. eh?? asal bos kita mcm sma je ye hahhaha.....tensi kan dpt bos cam gitu T__T

    BalasPadam
  8. Semoga sentiasa dipermudahkan segalanya Mar... sabarlah.. pasti akan ada kejayaannya nanti.. :)

    BalasPadam
  9. Hnya mampu besbr je la kan sis demi mncari rezki

    BalasPadam
  10. dulu ms accept offer kat ofis ni..tya boleh stayback x..confident je ckp ok..ni bila dah anak ramai..sorilah xde ok ok nak stayback..balik sharp 5.30 hahaha

    BalasPadam
  11. Baru perasan blog Mar dah berubah.
    Cantik. Sweet je kaler purple tu.

    BalasPadam
  12. Begitulah kekdahnya bila jadi bos. Kadang-kadang tu mereka terlupa yang mereka pun pernah merasa jadi junior, jadi orang bawahan. Kalau jadi macam ex-bos saya lagi parah. Dalam 5 minit boleh berubah kata. Nak pengsanlah kita ni bertekak-tekak, nak tahu final decisionnya. Nasib baik dah selamat hantar balik Jepun. Lega hati saya. Hahaha.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code