Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Semua wanita mengidamkan kecantikan kekal meskipun semua tahu hakikat yang kulit tegang akan kendur satu masa nanti.

Fitrah seorang manusia, semakin berusia, semakin muda dan cergas imannya. Semakin meningkat usia, semakin galak berjihad kerana Allah. Wanita yang ingin kekal jelita hingga ke syurga harus berusaha mengekalkan kemantapan iman terhadp Allah SWT.

Rasulullah memberikan formula yang mudah amalan untuk seorang isteri kekal jelita hingga syurga iaitu:
  • Menunaikan solat 5 waktu.
  • Puasa di bulan ramadan.
  • Menjaga maruah.
  • Taat pada suami.
Amalan-amalan tersebut harus disempurnakan. Dan sebagai ganjarannya, Allah memberi pilihan untuk masuk ke syurga yang diingininya.