Saya pernah bercerita mengenai bercerai lampin dahulu. Perbetulkan niat agar Aisyah tidak bergantung kepada diaper lagi. Umur Aisyah sudah masuk 2 tahun 6 bulan, amat sesuai untuk mengajar dan melatihnya. Namun begitu, bukan mudah. Perlu punya kesabaran tinggi dan rajin.

Waktu yang sesuai untuk melatih si kecil tidak memakai lampin ialah ketika si kecil anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah payah untuk melatih si kecil pergi ke tandas. Si kecil perlukan persediaan untuk melalui fasa ini.

Sabtu dan ahad adalah hari yang mencabar buat saya. Dengan sibuk menjadi 'surirumah', membasuh, memasak, segalalah, perlu juga melatih Aisyah. Kerana dia amanah buat kami. Moga dipermudahkan sesi melatih. Ada beberapa cara yang saya lakukan mengikut pengalaman saya sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Aisyah belum bercerai lampin sepenuhnya. Tetapi, beberapa percubaan yang telah saya jalankan dan akhirnya saya mampu tersenyum lega. Sekurang-kurangnya saya mencuba.


Cara 1 :
Situasi :
Saya memesan kepada Aisyah agar segera memberitahu saya jika mahu ke tandas. Pesan setiap masa. Aisyah sudah tahu diapernya sudah penuh dan tahu tidak selesa bila muatan sudah melebihi had tetapi dia masih belum pandai ke tandas.

Gagal :
Meskipun dia faham akan apa yang saya pesan tapi dia sudah terbiasa membuang air kecil di diaper.



Cara 2 :
Situasi :
Membawa Aisyah ke bilik air setiap setengah jam. Dia tahu dia mahu buang air kecil, tetapi kerap kali khayal menonton kartun atau bermain.

Gagal :
Sebab setiap kali saya menyuruhnya ke bilik air, dia tidak mahu. Alasannya, "tidak ibu" (pandai bercakap kan!) sambil berlari dan menjauhi saya. Macamlah ajak buang air kecil ni teruk sangat. Huh!



Cara 3 :
Situasi :
Saya mengajak Aisyah ke bilik air bersama saya dengan memperbetulkan ayat saya,

Saya : Ibu nak ken****, jom Aisyah.
Aisyah : Ibu pun nak ken**** jugak?

Sedang khayal bermain atau menonton kartun, bila diransang begitu, dia kan ikut.

Berhasil :
Cara ke-3 ini berhasil. Cuma saya harus memantau setiap kelakuannya, contoh kalau dia banyak minum air, dia akan kerap membuang air kecil. Maka saya harus kerap mengajaknya bersama. Saya mengambil pendekatan 1 jam sekali mengajaknya ke bilik air bukan meminta atau menyuruh.


Wajah suci Cik Aisyah di pagi hari. Pagi-pagi, tidur saje..


Jangan lupa kuatkan mental dan fizikal selama melatih anak bercerai lampin kerana kudrat yang banyak diperlukan untuk mop lantai. Bukan sekali dua, mungkin berkali-kali.

Untuk menambah pengetahuan, boleh ke pautan ini, melatih anak ke tandas. Banyak tips yang dikongsikan.

Moga pengalaman saya ini membantu ibu bapa di luar sana. Usah terlalu mencipta alasan, sibuk, tidak ada masa, tidak ada orang mahu tengokkan. Pelbagaikan cara kita dalam mendidik dan melatih. Setiap anak dilahirkan unik dan berbeza. Amanah ini tidak semua orang kecapi, bersyukurlah dengan anugerah ini.



Nota Kaki : Doakan saya terus rajin..amin..