Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Tak Mampu


Sumber ~Facebook

Bila sudah lama berada di atas, terkadang lupa untuk melihat apa yang berlaku di bawah. Mungkin benar mereka salah. Mereka kerap buat silap di mata kau. Itu hanya dugaan buat kau selaku orang atasan mereka. Selami hati mereka. Moga kita tidak bertindak melulu dan menunjukkan kebodohan sendiri.

Jaga kata-kata di laman sosial. Tak usah kau bercerita panjang lebar, terperinci hingga ramai orang keliru. Cerita apakah yang kau cercakan. Terlalu banyak aib yang kau buka hingga yang membacanya turut terasa. Tiada manusia yang sempurna, kau juga apa kurangnya?

Mahu orang hormati kau, kau perlu hormati orang lain dulu. Tidak salah kan. Atau kau terlalu bangga dengan pangkat yang kau ada? Terlalu memandang tinggi mereka-mereka yang kau rasa lebih bijak. Kerana kau rasa kau seorang yang bijaksana.

Salahkah menjadi orang 'bodoh'? 'Bodoh' dalam pelajaran tidak bermakna dia bodoh dalam kehidupan. Salahkah sekadar menjadi orang bawahan? Hanya kerana kau orang atasan. Entah-entah kehidupan mereka lebih damai dari kehidupan kau meskipun pendapatan bulanan hanya cukup-cukup makan.





Nota Kaki : Facebook tempat meluahkan perasaan terbuku di dada??












Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. ni kembali pada ati memasing...mungkin kekadg meluah perasan pd org yg x dikenali lebih memberi ketenangan...luah kt fb mungkin tiada org disekeling yg fham

    BalasPadam
  2. Pd pendapat sue lebih baik x diluahkan di medium sosial. Aura positif hilang. Maaf sekadar pendapat peribadi.

    BalasPadam
  3. Pernah kadang2 melepaskan emosi di FB...tp jarang sekali dipaparkan...jika dh berlebih-lebihan patut beri sesuatu kata2 agar ia tidak kembali berbuat demikian.

    BalasPadam
  4. @suhailah hamid
    brtul tu su..luahanya sangat terperinci hingga orang sekeliling terasa sama..

    BalasPadam
  5. Mudah kata renung dlm diri kita sendiri dulu sebelum cuba bersuara memberi komen kepada org lain..

    BalasPadam
  6. Media sosial ni ibarat jln raya. Tak ada mmg tak boleh... maka, kita gunakanlah dgn berhati2 & betul.. in shaa Allah.

    BalasPadam
  7. cermin diri sendiri la ni konsep nya ;)

    BalasPadam
  8. Hukum alam...
    What you give, you get back...

    BalasPadam
  9. Baik yang kita beri, insya Allah baiklah yang kita dapat...kepada yang rasa diri mereka dah cukup sempurna itu yang bahaya...

    BalasPadam
  10. Lya jrg skali update d fb..x aktif sgt

    BalasPadam
  11. mmg perlu jaga jaga tentang apa yang kita post di fesbuk. bukan kata-kata saja.. even gambar. gmbr makanan gambar itu ini.. ada kwn2 yang serba serbi kurang and tak mampu.

    BalasPadam
  12. Betul apa yg di kata DFK tu.....kalau tak mampu nak memberi tu duduk diam diam, tak menyusahkan orang pun dah cukup baikkan...

    BalasPadam
  13. saya setuju apabila mar katakan bila kita dah ada di atas kita lupa orang bawah
    kita lupa sebab orang bawah kita naik
    kita juga lupa bahawa orang bawah juga mampu buat kita jatuh

    moralnya, lebih elok menjaga percakapan walau orang kata kita bodoh
    biarlah, abah saya selalu kata
    orang pandai pun ada juga bodohnya =)

    BalasPadam
  14. siyes el dulu2 lau ada problem je luah kan fb..kecuali bab2 r/tangga xnah share lah..sllu problem ofis je lah..tp bila dah insaf skit ni..baru tau jgnlah jadi media eletronik or cetak ni sbg tempat uouls luahkan segala masalah apa jua yg anda kecapi..lagi2 yg tgh baran2 tu tgh geram2 tu..baik ngadu kat DIA..dia yg dpt bantu kita tul x huhu

    BalasPadam
  15. Saya memang tak pernah luahkan perasaan atau apa yang terbuku di hati dalam media sosial especially facebook. Saya takda pun.

    Bukan bermakna kalau kita di bawah, kita ni bodoh. Bila-bila masa pun dengan berkat tekun bekerja, kita pun boleh naik ke atas. Hidupkan ibarat roda.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code