Mesti ada yang dah tahu kan, mini gathering bersama blogger femes emes malam kelmarin. Saya pun last minute baru join, itu pun mereka sudah habis makan. Sampai-sampai Cik Aisyah mahukan steamboot. Ok..layan anak dara dulu. Mulut mengunyah, telinga mendengar, tetapi mata lebih tertumpu pada makanan. Akekekeke..


Licin diorang makan.

Kemain bercerita, yang lain kusyuk mendengar.


Terus terang saya katakan, saya sememangnya tidak bersedia untuk menyertai mereka. Tetapi, teringin untuk bertentang mata. Saya blur, malu dan hanya mampu mendengar. Mahu bertanya soalan, tidak tahu mahu tanya apa.

Bagi mereka yang tidak tahu, inilah sebahagian dari Dataran Johor Bahru.


Bila berkumpul, banyak cerita yang saya tidak tahu, jadi tahu. Walaupun perjumpaan ini sekadar suka-suka dan agak singkat, sekurang-kurangnya ada ilmu yang dapat saya kutip dan praktikkan. Terima kasih semua.




Saya hanya blogger kecil (seperti orangnya), tidak lah punya angan-angan setinggi gunung, hanya sekadar suka-suka dan mencambahkan minat yang ada. Sekadar blogger picisan di hujung selatan.

Orang berbudi, kita berbahasa.