Roti Gebu di Pasar Tani Taman Rinting

By Mar Mansor - 2:00 PTG


Saya tahu ramai dah makan, ramai yang dah meroti sekian lama. Saya akui, saya seorang yang sangat-sangat lambat!

Bukan tidak nampak lambakan roti gebu di new feed saban hari. Sebenarnya, saya bukanlah penggemar roti tegar. Jarang makan roti. Biasa beli roti pun sebab nak buat sandwich sardin atau roti telur goreng atau puding roti kastard. Tengok gambar roti yang gebu gebas ni seolah tidak ada apa perasaan. Tak terliur tau.


            
                     Roti serunding ayam                             Roti sarang lebah


Hinggalah pada satu hari, seorang rakan sekerja memberikan saya sepotong roti gebu chicken floss. Saya rasalah. Mak oihhhh...sedapnyer!!! Nyesal lambat rasa tau. Dahlah lembut, gebu, sedap. adooooi tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sejak hari itu, termimpi-mimpi nak makan roti gebu chicken floss. Serunding yang diletakkan jenis pedas-pedas. Saya suka sangat.



Sabtu 2 minggu lepas, kawan saya baik hati membelikan roti gebu gebas ini buat saya. Dia tolong belikan je, sebab dia pun beli juga. Siap delivery ke rumah. Terharu tau!! Dah lama saya nak makan roti ni lagi, tapi sudah 2 kali juga pergi ke tempat jualan, tapi hampa. Mungkin jualannya cepat laris dan dia pun pulang awal.

Apa yang saya kirim hari tu?

Roti chicken floss - 1 = RM6
Roti sarang lebah - 1 = RM6
Roti cheese - 1 = RM4.50
Roti manis - 1 = RM4
Jumlah = RM20.50


Maka, makanlah roti gebu gebas ini sampai lebam. Terus terang saya katakan, saya telah jatuh cinta dengan roti chicken floss tu. Memang sedap lah yang saya beli ni.

Saya beli di Pasar Tani Taman Rinting, Masai, Johor yang terletak di kawasan parking berhadapan dengan kedai makan mamak. Tak susah nak cari. Bagi mereka yang tinggal di sekitar pasir gudang, mungkin ramai yang sudah mengenalinya.

Berminat nak order?
Facebook : Siti Hamzah
whatApp : 013-7859845





  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. Sedapnye pekena roti sambil minum teh o panas ;)

    BalasPadam
  2. Saya pun jarang makan roti walaupun sentiasa ada stok roti di rumah. Nak meroti memang jangan haraplah. Entah bila agaknya nak rajin. Nantilah tunggu gst dimulakan, masa tu terkial-kiallah nak berjimat bagai.

    Banyak pilihan yang Mar tulis, roti cheese juga yang saya nampak!

    BalasPadam
  3. orang kata roti sarang lebah, sedap...tak pernah rasa lagi

    BalasPadam
  4. ni leh wat stok kat ofis..lau mls nak mkn kan..hehehe
    teringin nak belajar wat roti..lau ada kursus nak je pergi..tp kekangan waktu..hahahaha lah sgt kan lalalala

    el pun suka mkn roti floss2 ni hehe

    BalasPadam
  5. iye.. saya pon dah mula suka dah roti chicken floss.. lagi sedap dari roti sarang lebah.. ade akak dekat pasir gudang kalau balik adela selalu kirim dia.. rm5 jek

    BalasPadam
  6. boleh di coba dulu engga mba hihihihi

    BalasPadam
  7. sedapnya sis.... eija duk peram je resepi blm try lagi.. masa tak izinkan hihi.. masa ada malas pulak ekekeke alasan!

    BalasPadam
  8. @el
    kawan saya join class, 2 jam je yuran rm150.

    BalasPadam
  9. kalau dalam rumah saya ni roti memang bukan pilihan anak2..aya sorang je la yang makan roti..jadi memang jarang beli..dulu ada jugak buat..buat sampai anak2 jemu dah..last2 buat bagi je kat jiran2..sekarang tak buat lagi.,malas nak menguli pun ye..hehehe

    BalasPadam
  10. hehe..akak tau perasaan bila dah suka sesuatu makanan tu..gian jadinya..patutla Mar kurus tak berapa suka makan roti..kalau akak ni..memang peminat roti..boleh kata semua suka..ni pon baru makan roti..:)

    BalasPadam
  11. Chicken floss tuh sedap..nanak sikit..hehe

    BalasPadam
  12. Nak bljr juga buat roti gebu2 mcm ni

    BalasPadam
  13. Wahh sedap nampah... harga pun murah juga ni..

    BalasPadam
  14. Sedap tu. Saya haritu 1st time mkn roti sarang lebah. Sedap betul rasanya.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.