Berbicara tentang hidup dalam mencoret diari kehidupan, ibarat novel yang tiada kesudahan. Menyelami kisah siapa sahaja, tidak semuanya indah belaka meskipun kita lihat mereka ketawa gembira.

Pinjam dari Google


Kehidupan bak pelangi yang pernuh warna warni. Jika hadir sekadar satu jalur warna, mungkin ianya kelihatan hambar dan biasa. Wujudnya berwarna warni hingga kita tidak betah dan jemu memandang.

Begitu juga dalam sketsa kehidupan. Ujian yang menyapa mematangkan fikiran. Mendewasakan perilaku setiap insan.

Perjalanan hidup harus diselusuri dengan redha. Redha dengan pilihan yang ada kerana itulah pilihan kita.