Sebuah keyakinan, bukan mudah untuk dibangkitkan dan dipupuk. Ditambah pula bila sering dilanda musibah hingga adakalanya kita tidak henti menadah tangan setiap saat. Meratapi kekurangan diri. Merayu agar diberi sedikit ruang keselesaan. Hingga basah-basah pipi melutut di hamparan sejadah, tidak jemu bersujud.

pinjam dari Google


Banyak perkara berlaku sejak akhir-akhir ini, dan saya yakin semua itu ujian. Musibah yang bertujuan mendewasakan diri, mengajar kami erti hormat menghormati, saling lengkap melengkapi. Malah setiap musibah yang hadir semakin merapatkan kami kerana kami yakin ini semua ujian dalam menguatkan sebuah perhubungan.

Setiap apa jua ujian yang mendatang, saya YAKIN Allah sentiasa ada bersama, melihat sejauh mana kemampuan setiap hambaNya. Mungkin orang lain nampak kami 'susah', tapi bagi kami tidak ada istilah SUSAH dalam kamus hidup kami selagi kami yakin denganNya. Dan sejujurnya saya lemah bila mendengar orang menuturkan perkataan SUSAH.

Wujud manakah susah andai punya kereta?
Wujud manakah susah andai punya tempat berteduh?
Mungkin cuma rasa sedikit tercungap untuk melangsaikan hutang piutang berbentuk harta dunia itu.

===================

BerwhatAps dengan adik ipar bongsu, alhamdulillah rezekinya semakin murah bilamana dia sudah memulakan langkah dari seorang staff kepada rakan kongsi meskipun rakan kongsinya tetap 'bos'. Berbekalkan kepercayaan dan pengalaman selama beberapa tahun bersama. Tika jatuh, bangunnya spa tempat dia bekerja dan akhirnya 'jalan' yang terbentang di hadapannya diselusuri dengan hati terbuka.

Teruskan usahamu. Kami tetap menyokong setiap yang ke arah kebaikan.