Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Yakin


Sebuah keyakinan, bukan mudah untuk dibangkitkan dan dipupuk. Ditambah pula bila sering dilanda musibah hingga adakalanya kita tidak henti menadah tangan setiap saat. Meratapi kekurangan diri. Merayu agar diberi sedikit ruang keselesaan. Hingga basah-basah pipi melutut di hamparan sejadah, tidak jemu bersujud.

pinjam dari Google


Banyak perkara berlaku sejak akhir-akhir ini, dan saya yakin semua itu ujian. Musibah yang bertujuan mendewasakan diri, mengajar kami erti hormat menghormati, saling lengkap melengkapi. Malah setiap musibah yang hadir semakin merapatkan kami kerana kami yakin ini semua ujian dalam menguatkan sebuah perhubungan.

Setiap apa jua ujian yang mendatang, saya YAKIN Allah sentiasa ada bersama, melihat sejauh mana kemampuan setiap hambaNya. Mungkin orang lain nampak kami 'susah', tapi bagi kami tidak ada istilah SUSAH dalam kamus hidup kami selagi kami yakin denganNya. Dan sejujurnya saya lemah bila mendengar orang menuturkan perkataan SUSAH.

Wujud manakah susah andai punya kereta?
Wujud manakah susah andai punya tempat berteduh?
Mungkin cuma rasa sedikit tercungap untuk melangsaikan hutang piutang berbentuk harta dunia itu.

===================

BerwhatAps dengan adik ipar bongsu, alhamdulillah rezekinya semakin murah bilamana dia sudah memulakan langkah dari seorang staff kepada rakan kongsi meskipun rakan kongsinya tetap 'bos'. Berbekalkan kepercayaan dan pengalaman selama beberapa tahun bersama. Tika jatuh, bangunnya spa tempat dia bekerja dan akhirnya 'jalan' yang terbentang di hadapannya diselusuri dengan hati terbuka.

Teruskan usahamu. Kami tetap menyokong setiap yang ke arah kebaikan.







Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. entri yang sangat bagus mar, baca entri ni bergenang air mata.. ujian demi ujian datang bertalu dalam hidup.. semoga menjadikan kita lebih sabar dan matang...

    Allah Maha Mengetahui.. thanks untuk entri ini Mar..

    BalasPadam
  2. sebenarnya kita ni rasa susah bila mana kita tak pernah rasa cukup.dah ada itu nak ini dah ada yang kecil nak yang besar ..sebab tu kadang2 kita sendiri rasa susah..padahl orang tengok tak de la susah mana pun..

    BalasPadam
  3. Allah uji sbb Allah syg hambaNya. Sue pun alami benda yg sama. Nk aettlekn sgl hutang piutang yg ada. Dmg kita sama2 dimurahkn rezeki insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Yakin dan trus yakin, setiap kejadian pasti da hikmahnya

    BalasPadam
  5. setiap apa yg berlaku ada hikmahnya yunk.. Allah tahu

    BalasPadam
  6. Tawakkal itu yakin.. sentiasalah kita bertawakkal kpd NYA. T kasih atas peringatan ini.

    BalasPadam
  7. ilmu susah merupakan satu pelajaran paling berguna di dunia nyata
    tanpa kesusahan kita tak akan hargai kesenangan
    tanpa kesusahan juga kita tak kenal sape sebenarnya family kita =)

    BalasPadam
  8. Kalau kita rasa diri kita susah, kenalah tengok di sekeliling kita. Ada ramai lagi yang lebih susah berbanding kita. Kita rasa susah nak pergi kerja kerana kereta masuk bengkel, ada orang yang lagi susah tak berwang nak ke tempat kerja. Kita rasa susah kalau tak stok makanan di rumah, ada rumah yang langsung tiada apa-apa makanan untuk dijamah. Itu contohlah. Kalau asyik membandingkan diri dengan orang kaya, memang sepanjang masa kita rasa susah; asyik tak mencukupi!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code